Monday, June 15, 2015

Petani Cameron Highlands didakwa menceroboh tanah

RAUB 15 Jun - Seorang petani berusia 47 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan menceroboh tanah di Cameron Highlands, dekat sini hujung tahun lalu.


Tertuduh, Pang Lian Por, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap lima pertuduhan iaitu menduduki, memotong, menanam, membina dan membersihkan tanah kerajaan seluas 17.5 hektar di 
Kampung Raja, Sungai Ikan Mukim Telum di kawasan peranginan itu.

Mengikut kertas pertuduhan, Lian Por didakwa melakukan perbuatan tersebut tanpa kebenaran yang sah kira-kira pukul 10.30 pagi di hadapan insinerator di Kampung Raja, Cameron Highlands pada 11 Disember tahun lalu. - UTUSAN ONLINE

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.