Friday, June 19, 2015

Melancong ke Cameron Highlands semasa bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan kini kembali untuk tahun 2015.

Selalunya ada yang bertanya apakah sesuai untuk bercuti dan melancong ke Cameron Highlands di Bulan Ramadhan atau puasa ini?

Pasar Ramadhan Tanah Rata pada hari pertama berpuasa 18 Jun 2015
Saya mungkin boleh berkongsikan dari pemerhatian saya berdasarkan beberapa tahun ini.

Jumlah Pelancong:
Selalunya amat sedikit jumlah pelancong di masa bulan ramadhan ini terutamanya pelancong muslim dan selalunya pelancong non muslim mudah kelihatan terutamanya di kawasan Brinchang ke atas.

Mungkin mood untuk melancong kurang di bulan puasa dan ditambah lagi perancangan kewangan pula lebih menjurus kepada sambutan hari raya.

Namun kalau nak berkata mengenai pelancong berbangsa bukan Melayu pula juga kurang kelihatan dan ini membuktikan barangkalai majoriti pelancong adalah berbangsa Melayu.

Penginapan dan Hotel :
Selalunya tiada masalah untuk mencari penginapan baik hotel mahupun apartment kerana agak lengang dengan penyewa. 

Harga yang ditawarkan adalah "off season"  dan selalunya murah dan amat mudah untuk dipilih atau secara walk in sahaja. 

Pemilik apartment percutian paling terasa kerana sangat kurang malah mungkin tiada pengunjung memilih apartment memandangkan rata-ratanya adalah khas untuk muslim sahaja manakala bagi hotel pula jumlah bilik yang dihuni jatuh dengan teruk. 

Tempat Makan:
Ini agak susah kerana kebanyakan kedai makanan Melayu atau muslim  akan ditutup dan amat terhad untuk dipilih.

Jadi anda perlu mengetahui kedai makan mana yang dibuka pada waktu malam.

Untuk masa berbuka juga agak terhad jadi pilihan berbuka di hotel secara ala carte sahaja yang ada.

Amat jarang hotel membuat buffet berbuka puasa setiap hari kecuali hari-hari yang telah ditempah sahaja.

Kalau bersahur pula hampir tiada kecuali kedai nasi kandar di Tanah Rata sahaja yang dibuka manakala bagi sesetengah hotel mereka akan menggantikan sarapan dengan bersahur ringkas ke bilik anda.

Pasar Ramadhan:
Tidak semewah seperti di bawah kerana hanya Brinchang dan Tanah Rata yang ada dan bersaiz kecil dengan pilihan menu yang bukanlah terlalu istimewa.

Malah di hujung minggu jumlahnya semakin berkurangan gerai yang dibuka kerana ramai penduduk Cameron Highlands biasanya akan pulang ke kampung halaman masing-masing terutama setelah Jalan Ringlet ke Kuala Lipis dibuka.

Tempat Tumpuan Pelancong:
Jika anda tidak suka sesak, maka inilah masa yang sesuai kerana kiosk dan lokasi tumpuan pelancong memang akan lengang sepanjang masa dan ada yang ditutup awal atau tidak dibuka.

Jadi bak kata, Cameron Highlands milik anda di sana !!!

Itu sahaja setakat pagi ini dan saya akan kemaskinikan kemudian jika bertambah idea. 



Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.