Friday, June 19, 2015

Kebun Tomato Tradisional di Cameron Highlands

Tomato adalah tanaman yang amat popular di Cameron Highland bagi sektor sayur-sayuran berbuah.


Majoriti petani akan menanam tomato sepanjang tahun dan dipasarkan untuk pasaran tempatan dan juga luar negara. 

Pada awalnya tomato ditanam di kebun terbuka dan bilamana pasaran mulai memerlukan tomato dengan jumlah yang banyak, maka teknologi rumah plastik mulai mendapat sambutan dan diikuti dengan sistem fertigasinya turut berubah. 


Namun dalam catatan ini, saya nak kembali ke langkah pertama iaitu kebun tomato terbuka atau diusahakan secara tradisional di Cameron Highlands. 

Dan lokasi ini adalah di Lembah Bertam, Ringlet.


Ditanam di atas batas tanaman tanpa pelindung hujan, tomato selalunya ditanam setelah beberapa jenis tanaman kontan atau yang pendek kitaran hidup seperti sayuran berdaun kerana ketika ini, bekalan baja tahi ayam mulai terurai dengan banyak selepas diletakan di atas batas tanaman. 

Memandangkan ianya akan mempunyai akar yang lebih menjangkau ke dalam tanah, maka tomato amat bersesuaian di tanam sebagai tanaman penamat bagi baja tahi ayam yang digunakan. 


Untuk penjagaan tanaman, ianya perlu pengairan ketika musim panas dan apabila musim hujan selalunya air hujan yang sederhana sudah cukup kepada tanaman tomato ini. 


Pokok tomato yang ditanam di kebun terbuka biasanya hanya akan dituai sekitar 2 bulan sahaja kerana mengurangkan risiko penyakit dan serangan perosak terutama selepas ianya mulai mengeluarkan buah yang masak. 


Manakala penyakit tanaman yang paling digeruni adalah layu bakteria yang tiada ubat atau bahan kimia yang mampu merawatnya dan sangat pantas merebak ke bahagian pokok yang bersebelahan.


Buahnya lebih besar dan kenyal isinya kerana ditanam di atas tanah berbanding sistem hidroponik tetapi ianya boleh disesuaikan dengan pemilihan baja yang tepat jika ditanam menggunakan sistem tanpa tanah.


Buahnya juga agak kasar permukaan atau kulitnya kerana terdedah kepada alam sekitar yang berubah seperti panas dan hujan yang dialami sepanjang tempoh tanaman. 


Jadi apabila anda membeli tomato di pasar, barangkali anda akan membeli tomato yang ditanam di atas kebun terbuka ini.

Sama sahaja...

2 comments:

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.