Monday, June 22, 2015

Kebun Sawi Putih di Cameron Highlands

Terdapat beberapa jenis sayur sawi yang ditanam di Cameron Highlands antaranya sawi bunga, sawi batang dan sawi putih.


Semuanya ditanam di atas tanah dan selalunya di kebun yang terbuka.

Untuk koleksi catatan pokok sawi ini, saya kongsikan mengenai sawi putih dahulu yang saya temui di Cameron Highlands sekitar di Lembah Bertam.


Kebun ini dimiliki oleh pekebun Cina dan menggunakan 3 orang pekerja asing dari Bangladeshi.

Jadi kepada pembaca catatan ini, ingat bukan saya yang menanamnya dan saya tiada kena mengena dengan kebun sawi putih ini.


Memerlukan sekitar 45 hari untuk matang dan boleh dituai sebaik sahaja anak benihnya dipindahkan ke batas tanaman utama.

Ianya jenis berdaun dan sangat mudah diserang ulat pemakan daun dan memerlukan penjagaan rapi termasuklah dengan semburan racun perosak.


Bezanya dengan sawi bunga dan batang, batang pangkal sawi putih lebih besar dan lebar serta berwarna putih seperti gambar di atas.

Pekebun ini menggunakan batas tanaman yang baharu dengan menggunakan baja tahi ayam sebagai sumber nutrien utama untuk pembajaannya.


Manakala air siraman diberikan dengan menggunakan kaedah penyiraman sprinkler dari bahagian atas setiap hari.

Selalunya sawi putih amat diminati dan menjadi antara pilihan utama untuk dimasak secara goreng yang ringkas dan mudah.


Jadi kepada anda yang suka makan sawi putih tetapi tidak pernah melihat bagaimana bentuk kebunnya, saya kongsikan gambar-gambar dalam catatan ini.


Ada keringat petani mengalir untuk menanam dan memasarkannya kepada anda.



No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.