Wednesday, June 24, 2015

Kebun Lobak Putih di Cameron Highlands

Lobak merupakan antara sayuran yang menjadi pilihan untuk campuran sayur-sayuran yang akan di masak. 

Tidak kurang juga ianya dijadikan jus minuman hasil perahannya. Itu selalunya lobak merah tetapi ada yang tidak tahu bahawa juga wujud lobak putih atau white radish. 


Di Cameron Highlands ianya memang banyak ditanam. 

Terdapat dua jenis cara tanaman iaitu di dalam rumah plastik dan juga kebun terbuka. 

Untuk tanaman dalam rumah plastik biasanya dilakukan sampai ke penghujung kitar tanaman utama seperti tomato dan pastinya petani akan menggunakan cocoapeat atau serbuk kelapa yang digunakan untuk tanaman tomato sebagai media tanaman. 

Caranya mudah, anak pokok lobak putih akan mulai dipindahkan ke dalam polibag yang masih mempunyai pokok tomato sebulan sebelum pokok tomato akan dibuang. 


Kemudian apabila pokok tomato menamatkan musim tanaman, sisa tanaman pokok tomato akan dibuang dan meninggalkan lobak putih pula menyambung kitar tanaman untuk lagi sebulan sebelum dituai.

Namun yang saya nak kongsikan dalam catatan ini adalah konsep tanaman kebun terbuka bagi lobak putih. 

Sepenuhnya ditanam di dalam tanah dan boleh dilihat hanya pangkal lobak putih akan kelihatan dan selebihnya adalah daun dibahagian atas.

Bentuk buah tanaman terbuka ini lebih kecil dan tidak seragam berbanding dengan tanaman di dalam rumah plastik. 

Harga di kebun sekitar RM 1.50 hingga RM 5 sekilogram mengikut musim dan harga pasaran. 

Selebihnya gambar di kebun lobak putih terbuka sekitar Jalan BOH di Habu saya kongsikan dengan anda. Hanya di tepi jalan sahaja.    

Ingat saya bukan pemilik kebun ini dan bukan penjual lobak putih sebaliknya hanya berkongsikan sekitar kebun lobak putih yang saya kunjungi sahaja.

Kebun lobak putih tradisional dan terbuka boleh dilihat di CATATAN KEBUN LOBAK PUTIH TRADISIONAL DI HABU tapi masih belum jumpa pokok lobak warna unggu.  

Klik untuk lihat lobak ungu... DI SINI.

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.