Thursday, June 25, 2015

Kebun Kai Choy di Cameron Highlands

Saya lihat banyak petani menanam sayur ini di sekitar Ringlet dan Lembah Bertam sejak mula berpindah ke sini 8 tahun yang lalu.


Namun saya seringkali terlupa nama sayur ini sehinggalah pada minggu lalu saya sendiri bersembang dengan salah seorang petani yang sedang menanam sayur ini.

Barulah saya tahu, sayur ini dinamakan Kai Choy. Manalaka pencarian saya di internet menemukan nama lain bagi sayur ini iaitu sayur pahit.


Sayur kai choy ini kebiasaannya sangat digemari oleh masyarakat Cina yang menjadikan bahan resipi untuk sup dan amat popular dengan sayur jeruk.


Selebihnya saya nak berkongsikan gambar di kebun Kai Choy yang saya sempat singgah dalam minggu ini di Jalan BOH Habu dan hanya terletak bersebelahan jalan sahaja.


Mudah untuk dikunjungi dan anda boleh singgah untuk melihat sendiri bagaimana ianya ditanam.
 

 



No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.