Wednesday, June 17, 2015

Cameron Highlands di Bulan Puasa 2015

Soalan yang selalu ditanya oleh rakan-rakan dan pembaca di bulan puasa adalah bagaimana persekitaran di Cameron Highlands ketika bulan puasa?


Untuk menjawab mengenai soalan persekitaran ini saya rasa ada dua bentuk jawapan yang boleh dijawab.

Jika persekitaran yang dimaksudkan suasana berpuasa di sini, rasanya keadaan cuaca amat membantu di mana kurang terasa lapar namun keinginan untuk minum minuman panas boleh menduga terutamanya jika terasa sejuk namun bukan satu masalah sebenarnya.

Begitu juga dengan kaki rokok yang biasanya melampiaskan keinginan setiap kali kesejukan boleh memberi cabaran juga.

Cuaca di sini sememangnya sangat sesuai dan tidak terasa lapar atau dahaga. Cuma saya merasakan pada puasa kali ini agak sedikit panas di sini kerana sememangnya bulan April ke Ogos adalah musim kurang hujan dan sedikit panas.

Untuk 2015, saya tidak pasti dan mungkin boleh saya kongsikan di akhir Ramadhan nanti.

Kalau persekitaran yang dimaksudkan adalah suasana sambutan puasa di sini saya boleh katakan memang ringkas dan saya ringkaskan pula seperti dibawah:

Pasar Ramadan:
Hanya di Tanah Rata dan Brinchang terdapat pasar ramadan yang sangat ringkas dan tidak banyak pilihan menu istimewa seperti dibawah bersesuaian dengan jumlah penduduk yang sedikit.

Namun bagi yang dah lama menetap seperti saya, perubahan dari segi saiz gerai jualan di pasar ramadan boleh dikatakan agak meningkat berbanding 5 tahun dahulu yang sekadar meja sahaja.

Saya teringat di pada tahun 2007, hanya ada 3 atau 4 peniaga di depan Arked Makanan Baharu Tanah Rata yang membuka gerai dengan hanya dua buah gerai kuih dan sebuah gerai Nasi Ayam dan Ayam Panggang yang kemudian kenali pemiliknya sebagai Abang Fauzi.

Manakala di Arked Makanan yang lama pula, beberapa pemilik gerai menjual lauk pauh.

Di Brinchang juga hanya dua atau tiga meja dibuka di lorong bersebelahan Pasar Central Brinchang. 

Biasaya jumlah peniaga di hujung minggu Sabtu dan Ahad akan berkurangan kerana ramai penduduk melayu terutamanya kakitangan awam akan turun pada hari jumaat ke kampung masing-masing.

Tempat Berbuka Puasa: 
Kebanyakkan kedai makan akan tutup di bulan puasa kerana penduduk Cameron Highlands akan berbuka di rumah manakala pelancong pula sangat berkurangan menjadikan hampir tiada pelanggan di hari kerja biasa.

Hotel-hotel pula tidak membuat buffet terbuka bagi majlis berbuka puasa kecuali tempahan dan selalunya Equotorial Hotel (kini Copthorne Hotel) akan membuat buffet Ramadhan pada hari-hari tertentu sahaja hasil gabungan beberapa kumpulan yang ingin mengadakan majlis berbuka puasa.

Solat Terawikh:
Dianjurkan di beberapa lokasi seperti Masjid Abu Bakar di Tanah Rata, Surau Taman Sedia dan Masjid Kayangan di Brinchang selain Masjid An Nur di Ringlet serta Masjid Kg Raja.

Dan biasanya jumlahnya sama seperti di lain-lain tempat, meriah di awal ramadan dan berkurangan di akhirnya. 

Juga biasanya tiada imam jemputan istimewa dibawakan ke Cameron Highlands untuk solat terawih.

Ini berdasarkan pemerhatian tahun lepas dan untuk tahun 2015, saya akan kemaskinikan senario terkini mulai esok.

Bagi soalan samada sesuai atau tidak untuk melancong dan bercuti ketika bulan puasa ini, saya suka menjawab terpulang kepada anda dan mungkin akan saya kongsikan dalam catatan berikutnya, bercuti di bulan Ramadan di Cameron Highlands. 

Catatan Melancong ke Cameron Highlands pada bulan Ramadhan telah saya muatnaikan di SINI

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.