Dua tiga catatan terakhir saya ini memang sekitar Melaka kerana sekadar berkongsikan kisah-kisah yang terkumpul ketika pulang bercuti di kampung mertua.
Kerana lokasi rumah mertua dekat dengan pantai iaitu sekitar 4 km sahaja jaraknya, maka antara aktivti yang sering diminta oleh anak-anak bermain di pantai walaupun pantainya tidak sesuai untuk mandi manda.
Namun untuk memancing memang masih boleh dilakukan dan antara lokasi terdekat adalah di Pantai sepanjang Padang Temu.
Memancing di sini agak menduga juga kerana faktor pasang surut laut yang tidak menentu bagi saya yang baharu beberapa kali memancing di sini.
Keadaan pantainya berselut dan kegiatan nelayan pantai menghampiri kawasan memancing serta aktviti melangai udang turut dilakukan di sepanjang pantai ini.
Cuma untuk menerbitkan seronok bagi anak-anak saya adalah melempar joran dan mengkeliki semula mesinnya sahaja sudah cukup bagi mereka dan seringkali selepas pukul 5 petang menjadi pilihan kerana tidak beberapa panas.
Memang jarang mendapat ikan kerana adakalanya ketika mereka ikut, tiada rezeki dan ketika mereka di rumah atuknya pula saya mendapat ikan.
Jadi kisah ini sekadar menceritakan keseronokan mereka memancing dan berlari di tembok batu bukannya lokasi terbaik untuk saya syorkan jika ingin memancing di sekitar pantai ini.
Suka-suka sahaja...
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.