Kelong Greenway yang terletak berdekatan dengan Pulau Ketam di Perlabuhan Klang, Selangor memang popular dikalangan kaki pancing.
Cara nak ke sana mudah sahaja tanpa perlu membuat tempahan.
Pergi sahaja ke Jeti Ke Pulau Ketam di Perlabuhan Klang. Tunggu di jeti tersebut dan jika ada bot laju, sila bertanya jika mereka boleh menghantar anda ke sana.
Pengalaman saya, saya sekadar menunggu kurang 15 minit sebelum sebuah bot laju sampai dan setelah bertanya kepada pemandu bit tersebut saya menaiki bot tersebut yang juga mengambil masa sekitar 15 minit untuk sampai ke Kelong ini. Cuma pemandu bot akan menunggu penumpang yang lain untuk satu perjalanan ke Pulau Ketam .
Saya membayar tiket RM 10 untuk perjalanan tersebut. Menariknya dalam perjalanan saya dapat melihat kuala sungai yang amat sibuk baik dengan bot dan kapal yang melaluinya serta kapal-kapal besar yang sedang berlabuh di sekitar perairan ini.
Tidak lama sekitar 3 minit bot laju kami melintasi pula Perlabuhan Klang (saya tak pasti yang mana satu, North atau West) dan menariknya adalah kegiatan malim membawa dan menunda kapal kontena yang besar untuk berlabuh.
Sampai di Kelong Greenway, saya segera membayar caj masuk dan memancing. Saya pergi hari ahad pagi dan tidak bermalam dan dikenakan bayaran RM 30 tanpa bilik. Anda boleh meminta bilik jika balik hari seperti saya tetapi akan dikenakan bayaran.
Bagi yang bermalam, setiap seorang akan dikenakan bayaran sebanyak RM 60 dengan bilik untuk berkongsi seramai 4 orang sebilik.
Namun harus saya ingatkan di sini, ini adalah kelong memancing bukannya hotel dan kemudahan asasnya sekadarnya dengan bilik air dan tandas yang dikongsi ramai. Biliknya tanpa penyaman udara dan tilamnya nipis untuk sekadar berehat bukannya melancong.
Terdapat chef yang boleh menerima tempahan makanan anda dan harganya seperti nasi goreng sekitar RM 6 dan rasanya memang berpatutan.
Namun ada kemudahan tempat memasak yang boleh anda gunakan untuk memasak makanan anda sendiri secara percuma.
Berbalik kepada Kelong ini, pada pengamatan saya ianya adalah bekas tempat ternakan sangkar ikan. Malah jiranya adalah sangkar ternakan ikan yang masih aktif.
Selain kemudahan bilik yang saya dengar lebih 30 unit, kedudukan kelong ini memang merupakan tumpuan ikan kerana kolam ternakan ikan sekitarnya menarik perhatian ikan-ikan untuk berada di situ bagi mendapatkan sisa makanan yang diberikan kepada ikan ternakan mereka.
Cuma laluan kapal atau bot nelayan agak kerap pada sesuatu masa menyebabkan kita sedikit terganggu.
Saya menyertai adik saya bersama rakan-rakannya yang terlebih dahulu telah bermalam di sini mulai hari Sabtu.
Memancing di sini agak mudah dengan air yang tenang serta kawasan yang berbumbung menghindari anda dari panas matahari.
Walaupun saya org area2 sini tapi 20hb April 2019 nt baru sy akan ke greenway kelong's utk 1st time. Terima kasih atas info tuan.
ReplyDeleteNanti boleh share experien, plan mei ni nk pergi
DeleteTerima kasih, info. Nak cuba juga apa rasanya di kelong nei...
ReplyDelete