Saya sekadar nak berkongsikan keadaan di Pasar Kea Farm di waktu selepas pukul 6 petang di hari Ahad.
Kebetulan, saya sekeluarga ke sana sebagai memenuhi permintaan anak saya untuk mencari bunga buat hadiah hari guru mereka esok.
Hajatnya mencari bunga ros untuk diberikan sebagai hadiah hari guru dan Kea Farm sememangnya amat mudah untuk mencari dan membeli bunga di sini.
Pemerhatian saya terdapat masih ramai pelancong membeli belah di sini biarpun sudah lewat petang dan menghampiri pukul 7 malam.
Mungkin yang terakhir sebelum mereka pulang ke destinasi masing-masing selepas membeli belah di sini.
Untuk pengetahuan anda, pasar malam di Brinchang tidak dibuka di hari Ahad kecuali jika esoknya cuti.
Jadi inilah lokasi terakhir untuk anda membeli jika pulang selepas itu.
Terdapat barangan yang sama sahaja seperti di pasar malam baik dari sayur-sayuran, bunga-bungaan sehingalah kepada cenderahati di sini.
Yang menjadi masalah adalah kesesakan jalan raya dan ruang meletak kereta yang amat terhad.
Difahamkan, kerja-kerja menambak tanah yang sedang giat dijalankan adalah untuk membentuk kawasan meletak kenderaan kelak namun percayalah, akan terbina juga gerai-gerai jualan di sana yang akan mengambil kawasan tersebut.
Malah khabar angin mengatakan ruang berniaga telah dibahagi-bahagikan "sesama sendiri".
Harap-harap sekadar khabar angin dan tambahan cerita semata mengenai perkara ini kerana jika itu berlaku maka sampai bila-bila masalah tidak akan selesai.
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.