Sambungan kisah untuk dicuit kali ini selepas bersembang dengan rakan-rakan semalam adalah permintaan menjadi "tourist guide" kepada rakan-rakan yang datang ke Cameron Highlands.
Selalunya permintaan sebegini amat mudah dipenuhi oleh rakan di Cameron Highlands cuma kadang kala tidak mampu dilakukan setiap minggu.
Maka ada yang terpaksa menolak permintaan tersebut manakala ada yang awal-awal lagi akan membantu dengan nasihat perjalanan untuk ke beberapa lokasi menarik.
Namun bukan semua rakan-rakan yang datang gemar dengan nasihat atau tips tersebut malah masih lagi meminta ditunjukan jalan dan ada yang minta menjadi ala tourist guide untuk ke sana dan ke sini.
Terutama kalau melibatkan kawasan tumpuan yang perlu membayar untuk masuk yang mungkin dalam sangkaan mereka dapat dikurangkan atau tidak perlu membayar bayaran masuk jika bersama rakan tempatan ini.
Beginilah ...
Selalunya , rakan di Cameron akan mengesyorkan lokasi tumpuan dan arah perjalanan ke sana dan sewajarnya anda dapat menerima tips tersebut tanpa perlu memaksa mereka menunjukan jalan.
Lagipun di Cameron Highlands hanya terdapat satu laluan utama berbanding di bandar besar. Jadi mudah untuk anda menemui lokasi tersebut.
Malah jika anda sanggup berbelanja sekitar RM 3 hingga RM 5 terdapat beberapa buah buku panduan untuk pelancong yang dijual di setiap kedai serbaneka di sini.
Malah tidak terlalu ketinggalan adalah panduan dari telepon pintar anda seperti google map dan Waze yang sama boleh membantu.
Cuma bertimbangrasa sedikit untuk rakan-rakan di di Cameron menggunakan hujung minggu mereka bersama keluarga dan urusan kemasyarakatan yang lain seperti kenduri kendara dan sebagainya.
Tak membebankan anda bukan.
Bayangkan juga jika rakan cameron ini ke Kuala Lumpur dan meminta anda menunjukan di mana Zoo Negara ataupun Putrajaya di hujung minggu anda yang sibuk.
Sama juga rasanya... kita berdikari sendiri dan yang penting semasa kita bercuti tidak membebankan pihak lain demi keseronokan kita semata.
Lakukan 'homework' untuk merancang perjalanan anda dan kami di Cameron Highlands sangat berbesar hati membantu mengenai tips lokasi yang menjadi tumpuan. Percuma untuk anda...
Dan selalunya kalau anda tanya kepada rakan tempatan, bila kali terakhir dia ke lokasi tersebut dan jangan terperanjat kalau jawapannya sudah bertahun tidak ke sana atau langsung tidak pernah ke sana.
Jangan marah yaaa...
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.