Sunday, May 3, 2015

Cameron Highlands @ waktu cuti hari pekerja 2015

1 Mei yang lalu, Cameron Highlands menjadi tumpuan kerana cuti yang panjang. Maka seperti biasa daerah ini sesak malah dikatakan amat sesak. 


Saya sembang-sembang dengan rakan-rakan dan dari permerhatian saya mendapati ada beberapa coretan menarik boleh dikongsikan. 

Saya cuba ringkaskan :

1. Jumlah kenderaan dan pelancong mulai nampak bertambah pada hari khamis dan mulai ketara pada hari Jumaat. Kesesakan teruk mulai terasa di hari Sabtu yang mana perjalanan dari Pekan Brinchang ke Kea Farm mengambil masa lebih satu setengah jam. 

Malah sebelum sampai di Cameron Highlands, Lebuhraya Utara Selatan sangat sesak ke arah utara. Kawan saya memaklumkan dari Kuala Lumpur untuk keluar Tapah sahaja mengambil masa 7 jam !!!

2.Jumlah jemaah sembahyang jumaat di Masjid Abu Bakar Tanah Rata agak ramai sehingga ruang rehat dibelakang digunakan untuk sembahyang dan kelihatan juga kaum wanita yang terpaksa bergerak ke hujung dewan rehat untuk memberikan ruang untuk jemaah bersembahyang.

3. Homestay di Taman Sedia penuh mulai sebulan yang lalu hasil tempahan awal.

4. Apartment percutian penuh dengan tempahan awal. 
Ramai yang hanya mulai mencari untuk menyewa ketika sampai dan ada yang bertanya di laman facebokk Cameron Highlands. 

5. Ada yang berpatah balik ke Tapah dan Ipoh untuk menyewa hotel.
Hotel di Simpang Pulai menjadi perhatian. Malah ada yang membatalkan terus rancangan melancong ke Cameron Highlands. 

6. Kesesakan teruk pada hari jumaat, Sabtu dan Ahad di kawasan tumpuan. Dari Kea Farm ke Brinchang mengambil masa dua jam dan dari Tanah Rata ke Brinchang sekitar sejam. 

7. Pasar Malam penuh sesak dengan pelancong yang mencari kelainan produk tempatan.

8. Dikatakan kawasan Brinchang kelihatan lebih ramai pelancong berbanding dengan kawasan Tanah Rata. Peniaga memaklumkan bahawa suasana membeli belah di Tanah Rata berkurangan. 

9. Ramai yang tidur berjemaah di Masjid Abu Bakar, di Tanah Rata, Surau Taman Sedia dan juga Masjid Kayangan di Brinchang selepas tidak mendapat bilik hotel atau apartment terutamanya yang datang secara 'gamble'.

10. Laluan utama penuh sesak malah di Kg Taman Sedia juga amat sesak sehinggakan ada penduduk tempatan yang menjadi pengawal lalulintas secara sukarela. 

11. Kedai makan penuh sehinggakan beratur terutama di Kedai Tom Yan Pok Nik di Brinchang. 

12. Harga sewaan apartment ada yang menjangkau sehingga RM 500 semalam dan ada yang menyewa bilik mereka pada kadar RM 200 semalam. Malah di Brinchang ada yang membuka harga RM 700 semalam untuk apartment 3 bilik padahal harga musim cuti biasa sekitar RM 250 hingga 300 sahaja semalam. 

Insyaallah, akan saya kongsikan pula nanti hasil sembang-sembang dengan rakan-rakan yang lain. Mungkin ada cerita yang menarik. 

Namun untuk berkongsikan rumusan dari cerita ini, "elakkan melancong ketika hari cuti umum yang pendek" kerana anda hanya akan menghabiskan masa di dalam kereta di atas jalan dan memerlukan bajet yang lebih untuk penginapan. 

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.