Wednesday, May 13, 2015

Biodiversity Ride Khazanah Alam MTB Jamboree 2015


‎Buat kali kedua, Cameron Riders kembali menyertai jamboree Khazanah Alam dan kali ini bumi UiTM Pahang di Jengka menjadi laman kayuhan.


Dengan dua ahli paling aktif Cameron Riders, Amri dan Joe berjaya bukan sekadar menyertai jamboree yang dianjurkan sempena Ulangtahun ke 50 UiTM Pahang tetapi turut berjaya memberi saingan untuk berada di kelompok 100 terbaik kategori elit dan keseluruhan. 


Namun laluan kayuhan lebih mengamit memori lama kepada Joe yang pernah menjadi penghuni di bumi UiTM ini selama 3 tahun ketika menjadi penuntut di sana.


Cuma laluan awal yang menerjah ke kawasan ladang sawit bermula dari Jabatan Pengangkutan Jalan sebelum kembali ke Jengka 10 dan memasuki semula laman UiTM nyata memberi cabaran yang berbeza.

Suasana kayuhan lebih terasa biarpun laluan akhir menerusi kawasan UiTM sendiri nyata sangat berbeza berbanding 10 tahun yang lalu.



Laluan melalui kompleks rumah kakitangan UiTM ke Unit Ladang UiTM sebelum melalui Unit Pengurusan Ladang dan kompleks kemudahan teknologi perkayuan.

Laluan seterusnya adalah memasuki kawasan ladang getah dan sawit seluas 300 ekar sebelum memasuki ladang buah-buahan seluas 100 ekar dan kembali ke garisan penamat selepas melalui Stadium bolasepak untuk ke Dataran Intergrasi.

Bukan sedikit perubahan telah berlaku di UiTM ini

Kalau menjemput kembali zaman penulis pada tahun 1997 hingga ke 2000, ternyata apa yang dikongsikan oleh Joe tidak mampu dibayangkan.


Masakan tidak berbeza kalau dahulu kawasan ini masih dalam keadaan hutan dan beliau kini tersergam pilihan bangunan pengajian baharu serta kompleks Hal Ehwal Pelajar di bahagian belakang UiTM yang dahulunya alah ladang permainan kepada pelajar Diploma Pengurusan Ladang atau tempat sorok menyorok bagi pelajar Diploma Teknologi Perkayuan.

Ladang getah dan kelapa sawit yang saya sendiri terlibat menanamnya pada tahun pertama pengajian sebagai sebahagian silibus bagi pelajar Diploma Pengurusan Ladang pula semakin mengecil saiznya kerana digunakan untuk pembinaan Kolej Kediaman.

Manakala laluan ladang buah-buahan pula mengamit kami sebahagian daripada pengurusan horticultura di sini termasuklah ternakan ikan dan ayam. 


Bagi Joe biarpun kedudukan keseluruhan sekadar ditempat 66 bagi kategori elit dan 132 keseluruhan, kesempatan untuk kembali ke bumi UiTM Jengka ini lebih bermakna.

Bagi Amri yang berjaya menempatkan diri di kedudukan 26 bagi kategori elit dan 42 keseluruhan, cabaran memberi kayuhan bertenaga akan diteruskan lagi di lain-lain penganjuran.



Bagi pihak Cameron Riders, kami mengucapkan syabas kepada dua Riders kami yang sentiasa memberi cabaran dan sokongan kepada aktiviti berbasikal mtb ini.

Tahniah!!!!

(Catatan ini dikongsikan dari laman Cameronriders2014.blogspot.com yang telah saya catatkan di sana).

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.