Friday, May 8, 2015

Santai Petang di Padang Tanah Rata

‎Setiap petang kini semakin meriahkan di Tanah Rata dengan aktiviti santai bersama keluarga.

Untuk pengetahuan anda, di Cameron Highlands inilah satu-satunya padang awam yang ada di sini selain dari padang bola bersaiz kecil di Kg Raja.

Maka tidak hairanlah jika di sini menjadi tumpuan tambahan lagi Taman Pertabalan yang terletak bersebelahannya masih dah proses naik taraf. 


Ada aktviti senamrobik terbuka yang boleh anda sertai dengan hanya membuat bayaran serendah RM ‎2 ringgit atau secara sukarela dan ikhlas. 

Bayi kanak-kanak atau keluarga yang ingin lepas santai sambil bermain belon buih gergasi atau Giant bubble boleh melakukannya di sudut yang berlainan dengan hanya bayaran RM 3 semangkuk set permainan tersebut.


Manakala bagi yang ada basikal, mengelilingi ‎padang pula pilihan tambahan aktiviti yang boleh dilakukan. 


Selain itu kelibat remaja beriadah sukan seperti bolasepak, bola keranjang dan sepak takraw juga kelihatan. 

Mereka kadang-kala di sertai pelancong asing yang turut bermain bersama serta kelibat kadang-kadang pekerja asing juga kelihatan.


Jadi terpulang dengan anda apakah aktiviti santai yang ingin dilakukan. 

Saya? Berbasikal dengan anak-anak sebelum mereka bermain belon buih gergasi  menjadi pilihan setiap kali berkesempatan ke sana seperti gambar di dalam catatan ini. 






Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.