Friday, May 29, 2015

Zoo Belon @ Tanah Rata


Sempena cuti sekolah bulan Jun mulai 28 Mei 2015 ini, saya mendapati aktiviti di  Tanah Rata akan dimeriahkan dengan Karnival Taman Permainan Belon Raksasa yang dinamakan 'Zoo Belon Tanah Rata". 


Lokasinya  di penjuru Padang Bolasepak MDCH di Tanah Rata.

Akan dibuka mulai 10 pagi sehingga 11 malam selama 18 hari sehingga 14 Jun 2015. 




Semalam ketika saya menjengah ke tapak tersebut, saya mendapati hampir 10 belon permainan pelbagai bentuk disediakan.


Malah terdapat satu belon yang berbentuk kolam air bagi mereka yang ingin dan sanggup untuk basah. 


Mungkin boleh mencuba ketahanan diri masing-masing menambah sejuk dan dingin namun saya tidak pasti adakah ada yang sanggup nanti.  

Juga terdapat beberapa belon yang menawarkan cabaran kepada pengunjung seperti mendaki tembok angin.

Juga terdapat sebuah belon raksasa yang membolehkan anda meluncur dari puncaknya ke bawah. 


Pagi kaki futsal, terdapat padang futsal di tengah taman permainan ini yang boleh menduga kemahiran bermain bola di sini namun pengalaman yang lalu menyaksikan agak padat dengan kanak-kanak yang bermain bola. 


Namun semua permainan ini hanya dibuka untuk kanak-kanak berusia 1 hingga 12 tahun sahaja. 

Bagi orang dewasa boleh tengok sahaja terutama bagi ibu bapa yang boleh menemai anak-anak mereka namun mengikut papan notis perlu membayar RM 1 seorang untuk mengiringi mereka. 


Caj masuk adalah RM 15 tahun seorang kanak-kanak tanpa had keluar masuk  untuk sehari.


Namun jika anda menemui ada pekerja mereka yang menghulurkan pamplet seperti di atas, anda bolehmengunakan keratan kupon tersebut untuk potongan harga istimewa iaitu hanya perlu membayar RM 10 sahaja atau 50% diskaun!!! 

Persoalannya, adakah berbaloi dengan harga tiket masuk RM 10 untuk ke sini?


Saya secara peribadi rasanya berpatutan kerana kalau anda ke zon permainan kanak-kanak di sekitar kompleks membeli belah sahaja harga masuknya sudah sekitar RM 8 bagi kadar jam tertentu dan ada yang perlu membayat sehingga RM 18 seorang kanak-kanak seperti di AeON Mall dihujung minggu dan hanya terdapat beberapa belon raksasa dan bersaiz kecil. 


Di sini, cuacanya mungkin terasa panas di tengah hari namun kenyamanan persekitaran  di sini menghilangkan rasa panas tersebut. 

Cuma di waktu hujan, mungkin permainan anak anda akan terhenti seketika. Namun tiketnya boleh masuk untuk tempoh seharian boleh digunakan semula. .

Selamat mencuba ...


Opsss .. saya tidak ada kena mengena dengan pengusaha taman permainan ini. 

Bukan juga berkempen untuk mereka cuma sekadar berkongsikan maklumat aktiviti tambahan yang boleh dilakukan semasa anda ke sini di musim cuti sekolah bulan Jun ini... 

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Tuesday, May 26, 2015

Koleksi Burung @ Cameron Highlands

Sejak dua hari lepas terlintas di hati nak tangkap gambar burung yang terdapat di Cameron Highlands.

Bukan apa, cuma tertarik dengan kicauan burung-burung di depan rumah yang agak galak berkicauan sesama mereka sejak minggu sudah.


Kalau sebelum ini, saya tak perasan pun bunyi kicauan ini. Mungkin sekarang musim burung yang sedang berpindah singgah di Cameron Highlands. 

Namun ibarat laut dalam nak diduga, saya mencuba menangkap gambar burung-burng tersebut dengan kelengkapan kamera amatur yang terhad. 


Bila membuat rujukan laman web mengenai jurugambar burung, ternyata ibarat langit dan bumi jaraknya. 

Pengalaman dan pengetahuan mereka mengenai alam fotografi burung nyata begitu tinggi. 

Malah emlihat kepada peralatan kamera mereka nyata terlalu mahal dan sangat istimewa jika anda ingin menjadi sebahagian dari penggemar gambar burung.



Jadi saya malu pula nak berkongsikan gambar burung yang saya tangkap Ahad yang lalu. 

Namun sekadar niat berkongsi, saya masukan juga koleksi gambar burung pra-amatur saya ini. 

Harap-harap jangan kritik sangat.... rupanya seronok juga mencari burung-burung untuk bergambar.  



 




 


Saya sendiri tak tahu nama burung di atas ini. Walaupun hanya dua jenis sahaja saya mengambil masa setengah hari untuk mengikuti dan menunggu burung-burung ini manakala beberapa jenis burung lagi lari setting dan tak menjadi. 

Suatu permulaan ...


Monday, May 25, 2015

Memancing bersama anak-anak di Padang Temu, Melaka

Dua tiga catatan terakhir saya ini memang sekitar Melaka kerana sekadar berkongsikan kisah-kisah yang terkumpul ketika pulang bercuti di kampung mertua. 



Kerana lokasi rumah mertua dekat dengan pantai iaitu sekitar 4 km sahaja jaraknya, maka antara aktivti yang sering diminta oleh anak-anak bermain di pantai walaupun pantainya tidak sesuai untuk mandi manda.



Namun untuk memancing memang masih boleh dilakukan dan antara lokasi terdekat adalah di Pantai sepanjang Padang Temu.


Memancing di sini agak menduga juga kerana faktor pasang surut laut yang tidak menentu bagi saya yang baharu beberapa kali memancing di sini.

Keadaan pantainya berselut dan kegiatan nelayan pantai menghampiri kawasan memancing serta aktviti melangai udang turut dilakukan di sepanjang pantai ini.
   


Cuma untuk menerbitkan seronok bagi anak-anak saya adalah melempar joran dan mengkeliki semula mesinnya sahaja sudah cukup bagi mereka dan seringkali selepas pukul 5 petang menjadi pilihan kerana tidak beberapa panas. 



Memang jarang mendapat ikan kerana adakalanya ketika mereka ikut, tiada rezeki dan ketika mereka di rumah atuknya pula saya mendapat ikan. 


Jadi kisah ini sekadar menceritakan keseronokan mereka memancing dan berlari di tembok batu bukannya lokasi terbaik untuk saya syorkan jika ingin memancing di sekitar pantai ini.

Suka-suka sahaja... 

Kompleks Ikan Bakar Terapung Umbai di Waktu Pagi

Mencari ikan bakar sekitar Melaka pastinya akan membawakan anda beberapa tempat seperti Muara Sungai Duyong, Muara Sungai Serkam, Umbai dan beberapa lagi lokasi yang terdapat sepanjang Alai ke Merlimau. 


Antara yang sedikit moden adalah Komplek Ikan Bakar Terapung di Umbai yang dibina secara moden dan berkonsepkan terapung (walaupun berkonkrit sebenarnya) yang tidak bergoyang. 


Terletak bersebelahan Muara Sungai (Serkam agaknya), kompleks ini lengkap dengan kemudahan yang amat selesa dari jumlah meletak kereta yang luas, tandas, surau dan juga ruang makan yang selesa.

Ianya merupakan kompleks baharu yang dibina bersebelahan dengan kawasan ikan bakar yang lama berseberangan sungai atau muara. 

Ianya bersambung dengan jambatan dan juga laluan siar kaki yang panjang di antara keduanya dan dibina di celahan pokok kayu bakau dengan beberapa pondok rehat.


Namun awas kerana terdapat monyet liar di sekitar laluan ini. Jadi berhati-hati jika membawa makanan dan kanak-kanak kerana bimbang diganggu monyet liar ini.  


Saya pernah pergi ketika malam dan suasana memang meriah dengan pengunjung yang hendak mencari makanan laut.

Cuma harganya agak mahal sedikit kata orang tempatan berbanding di kawasan medan ikan bakar tradisonal yang lain. 


Suasana malam memang agak meriah dengan jualan lampu-lampu permainan dan juga mainan kanak-kanak. 

Namun saya nak kongsikan adalah di waktu pagi ketika semua kedai tutup dan sunyi sepi.


Ini kerana saya sekadara melakukan jalan pagi sebagai senaman ringkas ketika pulang bercuti di kampung mertua. 

Uniknya selain laluan siar kaki yang panjang dan selesa adalah pemandangan Selat Melaka yang boleh dilihat di wkatu siang berbanding gelap gelita di waktu malam.


Ada menara tinjau yang boleh anda panjat dan melihat sendiri keindahan sekitarnya dengan bot dan sampan nelayan yang kecil keluar masuk serta pemandangan pantai berkayu bakau yang meliputi sepanjang pesisir pantai di sini. 


Di tengah laut adalah Pulau Besar yang juga merupakan destinasi perlancongan kepada anda. Saya akan kongsikan jetinya dahulu nanti sebab saya sendiri belum pernah ke sana. 



Juga kelihatan tiang elektrik baru yang tinggi di pasang untuk membekalkan bekalan elektrik ke Pulau Besar dan kalau tidak silap saya 13 batang kesemuanya. 


Berbalik ke Komplesk Ikan Bakar ini, saya lihat semua kemudahan terjaga baik. 

Manakala menu mereka masih sama cuma saya teringat kalau anda membeli ikan untuk dibakar, anda boleh meminta mereka membelah dua ikan tersebut untuk menu yang berlainan. 

Selebihnya anda cuba sendiri datang ke sini.

Beca @ Melaka

Saya tak nak cerita lebih panjang mengenai Beca Melaka. 

Uniknya, semakin lama semakin kreatif mereka menghiasi beca-beca mereka untuk ditawarkan khidmat meronda di kawasan Bandar Hilir Melaka. 






Malah hiasan mereka semakin menjadi-jadi dan mengikut peredaran zaman seperti karektor kartun Frozen dan sebagainya. 

Sungguh meriah dan unik malah lebih menarik jika di waktu malam yang dihiasi lampu-lampu yang sangat menarik. 

Ditambah dengan bunyi muzik yang kuat untuk menarik perhatian pelancong. 







Saya tidak dapat berkongsi mengenai caj sewa mereka kerana tidak pernah menggunakannya.

Namun elok anda bertanya dahulu caj perkhidmatan mereka sebelum menaikinya.

Ada kes yang dilaporkan pengusaha beca mengenakan caj yang tidak masuk akal untuk perjalanan yang singkat atau lebih banyak dan lama berhenti yang menyewa secara jam.