Tadi bersembang dengan kawan-kawan mengenai keadaan Cameron Highlands esok sempena cuti panjang kali ini. Maklumlah dari Hari Pekerja membawa ke hari HOL selama lebih 5 hari.
Mesti sesak dan penuh di Cameron Highlands. Ada yang dah merancang untuk turun bagi mengelakkan kesesakan kelak.
Namun dalam topik-topik sampingan dalam perbualan tadi saya tertarik kisah atau rasa serba salah bila ada kawan-kawan mereka datang ke Cameron Highlands dan ajakan untuk keluar makan bersama menjadi sedikit ngeri...
Tambah-tambah lagi kalau ada kawan-kawan yang datang bercuti berkata, "Bila lagi nak rasa duit orang Cameron Highlands'.
Atau ajakan berbunyi " Hang tak nak belanja kami steamboat ka ? Mai jauh-jauh tak kan tak nak belanja? Bukan selalu..."
Saya rasa saya memahami mereka. Betul, bukan nak berkira atau kedekut nak belanja kawan-kawan lama kerana dah ibarat sebagai tuan rumah.
Cuma saya memahami kesukaran mereka melayani saban minggu kawan-kawan yang akan datang ke Cameron Highlands yang akan menyatakan ayat yang sama.
Mungkin bagi anda sekali sahaja ajakan suruh belanja tersebut tetapi hampir setiap minggu ajakan dari rakan yang lain pula.
Jom tengok perkiraan mudah ini. Kalau anda nak minta belanja rakan-rakan di sini stemboat, harga purata sekitar RM 18-25 seorang dan anda membawa 4-6 orang ahli keluarga makan harga yang perlu dibayar adalah sekitar RM 126 hinggalah RM 200 sekali makan dan bayangkan sebulan kalau ada dua orang rakan datang maka sekitar RM 400 sebulan.
Bagi mereka yang bergaji kecil sekitar RM 1200 hingga RM 2000, jumlah tersebut banyak. Dan bayangkan kalau nak memenuhi ajakan setiap minggu maka hampir RM 1000 pula perlu dibelanjakan setiap bulan walaupun bukan selalu sebegitu.
Jadi kalau anda rakan yang memahami, saya rasa bertimbang rasalah jika ingin meminta rakan anda di sini belanja makan. Bukan kerana untuk anda semata tetapi fahami pula keadaan serba salah mereka pada setiap minggu setiap kali mesej dari whatsaap dan telepon mengenai tak nak belanja ke ?
Itu belum lagi meminta belanja satu keluarga besar makan dengan mak ayah dan adik beradik anda pula walaupun bukan ramai yang akan bersikap sebegini tetapi dari perbualan saya dengan rakan-rakan tadi ada yang terkena.
Bayangkan ada di antara rakan-rakan saya tadi kata, dia dan keluarganya sendiri nak berbelanja makan steamboat pun sekali dua tiga bulan sahaja untuk acara istimewa seperti hari lahir.
Maka ada juga yang berkata mereka akan memberi alasan tiada di Cameron Highlands bila ajakan dari whatsapps diterima.
Saya tak menyalahkan mereka dan tidak sama sekali menggelarkan mereka sebagai kedekut.
Anda sebagai yang ingin datang melancong, pasti sudah mempunyai rancangan perbelanjaan seperti makan dan minum serta perbelanjaan penginapan.
Bila bab penginapan, saya nanti kongsikan kisah nak tumpang rumah .... juga dilema dari rakan-rakan yang ada tadi yang minta saya turut kongsikan...
Kata mereka , "hang tulis lah dalam blog bagi ada yang memahami dilema mereka .. tinggal di kawasan perlancongan "...
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.