Tuesday, February 17, 2015

Kayuhan Santai Ladang Teh Farlie



Meneruskan catatan perkongsian kami di Cameron Riders mengenai laluan kayuan yang mungkin boleh anda cuba masih lagi berlegar di sekitar Ladang Teh di Habu milik Boh Plantation Berhad. 
Jika sebelum ini kami berkongsikan kisah kayuhan ahli dan rakan Cameron Riders ke Kg Pangan melalui Ladang Sentral sebelum ke sebahagian Ladang Fairlie di penghujungnya. 


Catatan ini pula saya sendiri nak berkongsikan pengalaman kayuhan saya di Ladang Fairlie yang sebenarnya berada di penghujung Ladang Teh ini.



Berbasikal seorang diri  bermula dengan saya melalui kawasan rumah pekerja di Ladang Sentral sebelum mendaki ke sebelah kanan menuju ke arah Landasan Lapangan Terbang. 
Saya memilih laluan kayuhan ini untuk ke Fairlie kerana saya ingin mencuba laluan baharu yakni bukan di laluan utama. 
Berkayuh di hari kerja memerlukan anda lebih berhati-hati di setiap selekoh yang terselindung kerana kemungkinan kenderaan ladang seperti traktor akan datang dari arah hadapan. 



Laluan di untuk ke Ladang Fairlie ini dari Ladang Sentral agak mendaki seawal kayuhan sehinggalah sampai di kawasan landai sekitar 2 km kemudian. 

Dari sini kayuhan semakin mudah dan lebih menarik adalah pemandangan dari sisi ladang ini juga menarik kerana anda boleh melihat pemandangan lembah ladang teh dari sisi bukit. 


Jika anda pernah mengikuti Thompson Trail, anda akan melalui kawasan tengah ladang ini di lembahnya manakala dari laluan ini pula anda boleh melihat keseluruhan lembah dengan jelas dan lebih menarik.

Lebih menarik ketika kayuhan santai saya ini adalah melihat sendiri pemetik daun teh yang sedang bekerja dan menyaksikan kegigihan mereka memetik daun teh dari celahan pokok dan kemudian membawa keluar daun yang telah dipetik ke luar untuk dikumpulkan. 


Saya menghabiskan sekitar 45 minit sekitar laluan ini sebelum berpatah semula ke lokasi kenderaan saya dan anak-anak menunggu . 

Tips saya kalau anda inginkan kayuhan santai, anda boleh melakukan seperti yang saya lakukan.... iaitu kayuahn lone ranger... bawak keluarga .. buka meja piknik, bukak khemah , sarapan pagi ... main-main dengan anak -anak kecil ... kemudian kayuh sendirian sekitar kurang satu jam...  kembali dengan anak-anak... 

Selamat mencuba ..... 

Saya kongsikan koleksi gambar dari sisi Fairlie untuk gambaran kayuhan di sebelah laluan ini ... 

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.


No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.