Jika anda datang ke Cameron Highlands melalui Jalan dari Felda Sungai Koyan, ketika menghampiri Pekan Lembah Bertam, saya ingin berpesan untuk berhati-hati kerana terdapat limpahan tanah berpasir kadang kala berlumpur berada di atas jalan sepanjang 30 meter.
Jika di waktu malam mungkin lebih berisiko kerana kawasan ini dalam keadaan gelap.
Setakat ini tiada tanda amaran diletakan oleh pihak berkuasa.
Saya telah membuat aduan kepada MDCH sebentar tadi untuk tindakan mereka.
Ingat, lokasinya ketika hendak memasuki Pekan Lembah Bertam.
Berhati-hati.
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
as salam..tumpang tanya mr kumai..
ReplyDeletesy cadang nk datang cameron highlands hujung bulan Januari 2015 ni..sy nak datang melalui jalan simpang pulai..sy nak tau keadaan jalan tersebut ok x skrg untuk ke cameron highlands..
sebab ada sy dengar org ckp jalan ke cameron highlands skrg x elok..byk yg rosak..merbahaya..tq