Kesuraman kehadiran perlancongan ke Cameron Highlands pada musim cuti persekolahan kali ini memang sangat terasa terutama bagi peniaga yang selalunya menantikan detik detik ini untuk mengaut keuntungan.
Mereka sememangnya amat menantikan kehadiran pelancongan yang tidak akan putus-putus bertandang di musim cuti sekolah.
Malangnya suasana ini tidak bermula dengan baik bilamana jumlah pelancong amat merosot malah lebih teruk dari tahun terdahulu yang turut menerima kesan selepas banjir lumpur di Bertam.
Saya tak pasti apakah punca sebenar kekurangan pelancong ke sini.
Adakah mereka merasa khuatir dengan faktor keselamatan mereka akibat kejadian tanah runtuh dan banjir di Lembah Bertam yanag kali ini meragut 5 orang mangsa.
Apakah pelancong menghindari daerah perlancongan ini selepas mendapat saranan Menteri Perlancongan yang mengatakan kawasan ini tidak selamat dikunjungi dengan isu warga asing yang melimpah ruah dan tumpuan media diatas faktor kemusnahan alam sekitar ?
Maka sesuatu ataupun ada pihak perlu disalahkan dan biasanya mudah untuk mengambil sikap menyalahkan kerajaan dan kali ini Menteri Perlancongan dituduh menjadi punca mengapa pelancong enggan datang ke Cameron Highlands.
Ketepikan mengapa isu kesalahan pendatang asing tanpa izin atau yang berizin tetapi menyalahi permit kerja apabila digaji oleh pengusaha atau peniaga untuk berniaga di pasar malam atau gerai jualan.
Ketepikan kesalahan pekebun sayur yang masih mempertahankan kebun-kebun sayur haram mereka yang dibuka secara tiada peri kemanusian alam sekitar demi keuntungan semata.
Ketepikan rasa bersalah punca air tercemar terus bilamana simpanan tebing sungai dinodai dengan penerokaan kebun sayur tanpa batasan.
Yang perlu disalahkan.. kerajaan... perlu menjadi kambing hitam.
Dan umum mengetahui, Menteri Perlancongan kita memang bermulut tanpa batas dan biasa baginya untuk mengeluarkan kenyataan yang berselisih pandang.
"Kalau pemandu teksi pun diperangi beliau ketika menjaga satu kemenetreian berkaitan dahulu tetapi kurang bernada bila diberi tugas menjaga parlimen sehingga hampir tidak cukup kuarom untuk kelulusan bajet kerajaan, apatah lagi kesempatan untuk memerangi peniaga tempatan di Cameron Highlands perlu dilepaskan begitu sahaja". Kata orang sekitar yang saya temui.
Saya tidak pasti apakah motif politik menyokong tindakan Menteri ini ataupun peniaga.
Mereka telah bersuara semalam untuk menuntut dan membantah kenyataan si pak Menteri dengan berhimpun dan membantah kenyataan Pak Menteri ini dengan petikan berita berikut saya kongsikan di sini.
Sekumpulan 50 orang peniaga berhimpun di Cameron Highlands hari ini bagi membantah kenyataan Menteri Pelancongan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bahawa kawasan itu tidak selamat.
Kumpulan berkenaan mula berhimpun di Tanah Rata pada tengahari, kata penganjur perhimpunan tersebut, Cheng Hon Nan ketika dihubungi.
"Kami mahu menteri pelancongan menarik balik kenyataannya dan meminta maaf,” kata Cheng yang menambah, kenyataan tersebut akan menjejaskan industri pelancongan di kawasan tersebut.
Katanya, bantahan tersebut antara lainnya disertai pengusaha gerai, restoran dan hotel murah.
Kenyataan Nazri itu timbul susulan banjir lumpur yang melanda Cameron Highlands pada awal bulan ini yang mengorbankan lima nyawa.
Ia merupakan susulan kepada kejadian sama yang berlangsung tidak sampai setahun lalu, yang mengorbankan tiga nyawa.
Nazri pada 24 November lalu dilaporkan sebagai berkata, Cameron Highlands tidak selamat kerana risiko banjir.
Beliau turut menasihatkan pengunjung agar mengelakkan kawasn itu buat masa ini.

Sumber:Malaysiakini..
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.