Tuesday, December 9, 2014

Pasar Malam Brinchang di tapak baharu

Memang benar Pasar Malam Brinchang telah dipindahkan ke tapak yang baharu.

Tapi bukan jauh sngat cuma ianya kini dimasukan ke dalam tapak Kem Brinchang yang terletak sebelah tapak pasar malam lama  sahaja.

Rasional kepada pemindahkan tapak pasar malam tersebut adalah untuk mngurangkan kesesakan kerana tapak pasar malam yang lama terletak bersebelahan jalan utama dan sangat menganggu aliran trafik sehingga menyebabkan jalan sesak melebihi  5 km dari kedua-dua arah.


Malah kekurangan tempat meletak kereta kini di atasi kerana anda sudah boleh meletak kereta anda di tapak pasar malam lama.

Pemerhatian saya ke sini, sebanyak 200 tapak berniaga di buka untuk peniaga tempatan dengan lorong pejalan kaki yang lebih lebar dan berturap kecuali sebahagian yang masih belum berturap menyebabkan ianya sedikit becak jika hujan. 


Peniaga kini tidak perlu membuka khemah setiap kali habis berniaga kerana tapak pasar malam ini berstatus kekal.

Cuma dah menjadi resam budaya masyarakat kita, kalau nak ke kedai kalau boleh meletak kereta di hadapan kedai lebih digemari. 


Hasilnya jumlah pelancong ke pasar malam ini dikatakan sangat berkurangan berbanding tapak pasar malam yang lama.

Dan ada peniaga yang mulai mengeluh dengan jumlah hasil jualan yang sedikit menurun berbanding dahulu malah ada yang ura-ura ingin menuntut kembali tapak pasar malam yang lama.


Menu jualan di pasar malam ini masih sama kerana melibatkan peniaga yang sama kecuali susun aturnya yang berbeza.

Jadual operasinya juga masih sama iaitu setiap malam Sabtu dan Ahad serta dibuka setiap malam di cuti persekolahan.  

Bagi kami penduduk Cameron Highlands, sedikit lega dengan kesesakan jalan raya yang sedikit berkurangan berbanding dahulu. 

Sedikit info perubahan lokasi tapak pasar malam mengikut pemerhatian saya mulai 2007:

2007-2008: Tapak pasar malam di sekitar hadapan Star Regency Hotel ke bawah dan sebahagian tapak meletak kereta di hadapan laluan utama .


2009- 2014: Tapak pasar malam berpindah ke losaki kedua-dua bahagian letak kereta di laluan utama berhadapan IPD Cameron Highlands.  

Pasar Tani Perlancongan di bawah FAMA  dilancarkan pada tahun 2008 setiap pagi ahad. 

Kedai Ekspo PERKEP (Persatuan Kebajikan Isteri dan Keluarga PolisS) di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands dibuka secara tetap pada tahun 2011 dengan jualan perabot sebelum ditukar kepada barangan cenderahati pada tahun 2013. 

September 2014: Pasar malam dipindahkan ke dalam kawasaan bekas tapak Kem Brinchang bersebelahan dengan tapak lama pasar malam.

1 comment:

  1. Haritu pegi memang kurang sesak berbanding dulu. Becak tu yang agak serabut kepala lagi2 musim hujan sekarang.

    ReplyDelete

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.