Tuesday, November 4, 2014

Warga Asing tawan Cameron Highlands... 2

Catatan kedua adalah perakuan pihak Polis Di Raja Malaysia yang mengakui hakikat bahawa ramainya pendatang asing di Cameron Highlands. 
KUANTAN 3 Nov. – Polis mengakui terdapat ramai warga asing tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan tinggal lebih masa membanjiri kawasan Cameron Highlands untuk bekerja di pelbagai sektor khususnya di kawasan kebun sayur.
Ia berdasarkan pemantauan dan pemeriksaan ke atas warga asing yang dilaksanakan oleh pasukan itu dari semasa ke semasa.
Selain itu, maklumat bocor turut menyebabkan operasi lalu lintas yang dijalankan pihak berkuasa untuk menangkap warga asing yang memandu lori tanpa lesen sah dan cukai jalan seringkali gagal.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Supritendan Wan Zahari Wan Busu berkata, siasatan pihaknya mendapati senario kebanjiran pekerja asing di daerah itu berpunca daripada sikap pemilik kebun mahupun pengusaha perniagaan lain yang memberikan pekerjaan kepada golongan ber­kenaan.
“Kalau mereka tidak mengambil pekerja asing bekerja pasti ia tidak berlaku. Siapa tidak mahu jika diberi pekerjaan serta lengkap de­ngan tempat tinggal.
“Dalam operasi semalam, anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) menahan seramai 10 warga asing yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan tinggal le­bih masa,” katanya ketika dihubu­ngi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Wan Zahari seterusnya memberitahu, pihak polis akan menjalankan operasi secara berterusan bagi mengesan warga asing di daerah itu terutama di kawasan tumpuan seperti Kampung Raja dan Ringlet.
Dalam pada itu, beliau mengakui operasi pihaknya bersama kontinjen negeri dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menangkap pemandu warga asing seringkali gagal ekoran maklumat bocor.
"Apabila operasi dijalankan, warga asing yang tidak mempunyai lesen memandu ini seperti sudah tahu dan tidak melalui jalan tersebut ataupun menghentikan seketika kenderaan mereka,” ujar beliau. 

Ikuti dari laman UTUSAN ONLINE di sini.

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.