Saya terlupa pula untuk menceritakan sedikit mengenai kejadian banjir kilat di Kampung Baru, Ringlet Cameron Highlands.
Ini sebenarnya antara kejadian utama berlaku pada 6 November 2014 sebelum peristiwa tanah runtuh dan juga perlepasan air dari empangan.
Tertetak di Pekan Ringlet, kampung ini sebenarnya berada di lembah pekan ini sepanjang tebing Sungai Ringlet.
Malangnya jika anda melihat sendiri di kawasan ini, tiada kawasan 'reserve' tebing Sungai Ringlet ini.
Semuanya didirikan rumah dan bangunan sehingga ke gigi air dan tembok penahan dibina sebagai mengawal limpahan air.
Semasa kejadian sekitar 7 malam, arus air dari huluan Ulu Merah telah membawa bersama lumpur dan air dalam jumlah yang amat banyak kerana hujan lebat dan hakisan teruk di huluan.
Saya menerima beberapa keping gambar dan juga video ketika kejadian melalui whatsapp.
Manakala kunjungan saya ke tempat kejadian, 7 buah keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di dewan Ringlet dan jika anda membaca suratkhabar, ada pendedahan pengalaman mangsa banjir.
Bukan sekali kawasan ini dilanda banjir kerana petang Jumaat esoknya sekali lagi banjir kilat berlaku selepas hujan lebat kembali turun dan mujurnya tiada mangsa di rumah kerana berada di penempatan mangsa banjir.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.