Catatan ini dan 2 lagi catatan seterusnya sekadar nak berkongsikan gambar koleksi batu karang yang saya sempat rakamkan di sekitar Pulau Perhentian.
Sekadar rakaman amatur yang lebih bersabung nyawa terkial-kial nak melakukan snorkeling dan gatal tangan pula nak menangkap gambar.
Saya menggunakan kamera underwater Lumix yang berharga RM 1 lebih tetapi saya sekadar menyewanya dari salah seorang pemandu atau pengiring pakej snorkelling kami dengan harga RM 50 sahaja.
Berbaloi kepada anda yang setahun sekali berendam dan ingin mengambil gambar berbanding membelinya tapi jarang menggunakannya.
Makin dalam kawasan selaman anda main cantik koleksi batu karang yang akan anda temui dan jika cetek pula airnya anda akan melihat lebih ringkas bentuk baru karangnya.
Nak lebih cantik anda anda perlu menyelam ke paras melebihi 6 meter dan suasananya amat meriah. Insyallah saya memang dah teransang untuk mencuba selam menyelam ni.
Tapi kena masuk kelas dan ambil lesen menyelam dahulu sebelum boleh melakukanya.
Di Pulau Perhentian terdapat beberapa lokasi yang menawarkan pakej mempelajari kaedah selaman dan juga pakej untuk ke kawasan tumpuan selaman.
Manakala koleksi ikan pula di mana ada air di situ ada ikan adalah istilah perumpaan yang tepat.
Mudah sangat untuk menarik perhatian ikan tambahan lagi kalau berumpankan roti di tangan.
Anda akan segera dikerumuni ikan-ikan kecil malah di kawasan Jeti Taman Laut dan lokasi terumbu karang yang sedikit besar anda akan dapat melihat koleksi ikan yang pelbagai dan bersaiz besar.
Malah anda boleh ke Shark Point untuk menyelam bersama ikan jerung!!!!
Dan seperti yang saya kongsikan sebelum ini anda boleh juga melihat kelibat penyu di dasar lautan ini walaupun sekadar melakukan snorkelling sahaja.
Untuk koleksi selebihnya ini, saya sebenarnya berkongsikan gambar yang ditangkap oleh pengiring kami yang menyelam lebih dalam ke dasar terumbu karang.
Memang tak boleh lawan sebab tanpa tangki oksigen bukan masalah baginya untuk menyelam melebihi 3 meter lebih sekitar seminit dua!!!
Manakala bagi saya yang melakukan snorkeling ini pula sekadar koleksi gambar ini sahaja .. itu pun selaman ringkas tanpa jaket keselamatan...
Anda pasti berpuas hati jika ke sini....
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.