Saya ingin berkongsikan catatan awal saya di laman blog cameronriders2014.blogspot.com mengenai penganjuran Cameron Highlands Thompson Trail MTB Jamboree yang berlangsung pada 6 September 2014 yang lalu.
***************************
Kami terharu dengan sokongan dan bantuan yang kami terima dari semua pihak baik daripada barisan penaja-penaja, bantuan daripada Agensi-Agensi Kerajaan dan juga pasukan pihak berkuasa, sokongan dari rakan-rakan riders dan juga kepada semua peserta.
Tanpa sokongan anda semua, kami pastinya tidak mampu menjalankan tugas kami dalam penganjuran tahunan ini.
Kami, Cameron Riders ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan TERIMA KASIH kepada semua pihak yang telah membantu, menyokong dan sama-sama terlibat dalam menjayakan edisi CHTT 2014 yang telah berlangsung pada 6 September 2014 yang lalu.
Tidak lupa juga kepada barisan jawatankuasa, krew-krew dan para marshall yang telah bertungkus lumus sepanjang penganjuran edisi ini.
Jika ada kekurangan sepanjang penganjuran, kami memohon maaf di atas kekurangan dan kesulitan yang timbul.
Kami mengalu-alukan sebarang cadangan, aduan, kritikan membina atau pun apa sahaja yang anda rasakan boleh membantu kami menambahbaik mutu penganjuran di masa hadapan.
"TERIMA KASIH SEKALUNG BUDI...
INSYALLAH KITA BERTEMU LAGI..."
INSYALLAH KITA BERTEMU LAGI..."
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.