Thursday, September 25, 2014

Pulau Kapas, Terengganu ... koleksi batu karang...

Ini adalah sekadar berkongsikan koleksi batu karang yang sempat saya rakamkan ketika melakukan snorkeling di pantai Pulau Kapas.


Saya memilih tanjung dan lokasi yang sedikit berbeza dari tumpuan orang ramai kerana mencari sisi yang sedikit berbeza dari kebiasaan. 


Selalunya mereka akan memilih untuk melakukan aktiviti snorkeling ini di pantai yang menghadap Pulau Gimia.

Namun di pantai ini juga masih mempunyai tarikan tersendiri  dari segi koleksi batu karangnya.  

Saya menggunakan kamera Olympus Tough yang berusia 5 tahun ini untuk koleksi gambar di bawah. 

Dengan kedalaman air sekitar semeter lebih saya sudah menjumpai koleksi batu karang yang ringkas tetapi masih menarik. 

Bagi saya sekitar kawasan ini amat sesuai sebagai lokasi untuk mereka yang mahu belajar melakukan snorkeling kerana ombaknya sangat perlahan, arus airnya hampir tiada, airnya sangat jernih, kedalamanya amat sesuai dan segala sempurna .


Cuma barangkali koleksi ikan-ikan yang berenangan agak kurang tetapi boleh diumpan untuk mengerumuni anda melalui umpan roti.


 




 




Jadi anda mahu ke Pulau Kapas? Belum tertarik lagi? 

Saya kongsikan lagi gambar batu karang di sini di catatan kedua...

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.