Monday, September 22, 2014

Kolam Air Panas di Cameron Highlands?

Ada yang bertanya di Cameron Highlands ada ke kolam air panas semulajadi? 

Kalau ada mesti penuh sebab boleh 'berjakuzi' melawan sejuk di Cameron Highlands.


Jawapan saya. Tiada.

Tetapi kalau nak pergi yang terdekat adalah di Lojing, Kelantan yang terletak berhampiran Jalan Lojing - Gua Musang. Kalau dari Kampung Raja sekitar 30 km selepas Pos Brooke. 

Memang ianya sumber mata air panas semulajadi. 


Kali pertama saya ke sana adalah sekitar tahun 2007 dan yang terbaru minggu sudah ketika dalam perjalanan ke Terengganu. 

Tetapi sebelum itu bagaimana sumber mata air panas ini boleh terjadi atau terbentuk?


Jom kita baca sedikit dari wikipedia:

Mata air panas atau sumber air panas adalah mata air yang dihasilkan akibat keluarnya air dari kerak bumi setelah dipanaskan secara geotermal. 


Air yang keluar dari mata air panas dipanaskan oleh geotermal. Semakin dalam letaknya batu-batuan di dalam perut bumi maka semakin meningkat pula suhu batuan tersebut. 


Peningkatan suhu batuan berbanding kedalaman di sebut gradien geotermal. Air akan merembas ke dalam kerak bumi dan dipanaskn oleh permukaan batu yang panas dan dikeluarkan ke mata air dalam keadaaan panas. 


Air yang keluar suhunya di atas 37 darjah Celcius yakni suhu badan manusian namun terdapat mata air panas yang mengeluarkan air yang bersuhu hingga ke titik didih.


Air panas dapat menghuraikan kandungan mineral batuan menjadikannya mengandungi kadar mineral yang lebih tinggi seperti kalsium, litium atau radium. 



Mandi berendam di dalam air mineral dipercayai mampu menyembuhkan berbagai macam penyakit.

Nampaknya ada kerja menambah baik kemudahan di sini dengan pembinaan kolam-kolam kecil dan takung di buat. 


Saya tidak pasti sudah siap atau masih dalam pembinaan kerana kalau sudah siap memang teruk kualitinya sangat tidak sempurna. 

Air panasnya keluar dari celahan batu yang terdapat di tebing bukit.

Suhunya amat panas dan rasanya kalau nak mandi memang tak sesuai. 


Harapan kita, suatu hari nanti kemudahannya ditambah baik dengan kesesuaian sebagai tempat singgah selepas jauh memandu samada dari arah Gua Musang mahupun Simpang Pulai. 

Boleh di jadikan kawasan R&R.

Harapannya begitulah ... 

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.