Kalau di Cameron Highlands, ramai yang saya temui terutama kaki mendaki dan jungle trekking adalah bayangan mereka untuk menerokai koleksi sungai yang cantik, jernih dan bersih malah koleksi air terjun yang banyak kerana berada di atas pergunungan.
Saya perlu akui kalau melihat kepada senarai nama sungai dalam peta Cameron Highlands sewajarnya begitulah keadaannya kerana dikelilingi kawasan pergunungan yang tinggi dan menghijau luasnya.
Namun melihat kepada realiti, saya sukar untuk mengenepikan rasa kecewa dan sangat terganggu tatkala melawat beberapa air terjun yang mudah dikunjungi sekitarnya kerana apa yang saya dan mereka bayangkan adalah sekadar bayangan semata.
Airnya kotor ! Warnanya kuning ! Sampahnya melata! Tak percaya?
Singgahlah di Parit Waterfall dan juga Robinson Fall yang terletak di Tanah Rata.
Malah kalau anda mencari dihuluannya masih sama dan anda akan segera mengetahu puncanya.
Tak perlu menjadi seorang konsultan alam sekitar atau professor kerana puncanya kawasan huluan sungai tidak langsung dijaga dan terus binasa dek pembukaan kebun-kebun sayur baik yang halal apatah lagi haram di sepanjang tepian tebing sungai tanpa menjaga sebarang kawasan simpanannya.
Ini bukan isu baharu. Bukan penemuan baharu. Bukan misteri yang sangat sukar dirungkai.
Saban tahun dari dulu lagi isu kemusnahan alam sekitar di kawasan pergunungan ini menjadi semakin buruk dengan penerokaan hutan secara haram dan halal berlangsung sepanjang masa tanpa henti.
Halal adalah pembukaan ladang yang mempunyai lesen pendudukan sementara (TOL) yang akhirnya haram juga kerana dalam lesen sekadar suku ekar tetapi realitinya 10 ekar.
Yang haram pula dah tentu langsung tak berlesen.
Pendedahan demi pendedahan yang kononnya dibawa baik oleh media massa ataupun NGO mahu pun silih berganti Pak Menteri Alam Sekitar yang menjanjikan akan diambil tindakan tegas.
Kini laungan azam itu termasuklah lawatan Pak Menteri Alam Sekitar yang juga merupakan Ahli Parlimen Cameron Highlands baharu minggu sudah ke sebahagian kawasan Cameron Highlands dan lojing hanya ditertawakan berguling-guling oleh pihak yang terbabit manakala bagi kami penduduk biasa pula satu lagi janji manis yang semakin kelat untuk ditelan.
Sekadar RETORIK! Sekadar memastikan ada teguran diberikan. Sekadar ada lawatan dilakukan. Sekadar ada jentera yang disita. Sekadar ada pengusaha yang dikompaun.
Tetapi esok atau lusa dan tulat ketika mereka menghela nafas di bangku empuk, kembali mengaum si penjenayah alam sekitar melakukan aktiviti mereka kembali.
Bagi mereka yang terbabit asalkan ada untuk ditunjukan kerja.... dua minggu sudah...cukuplah ...
Jangan marah, anda sendiri tahu hakikatnya. (Bagi pembaca catatan ini yang mempunyai hubung kait dengan isu ini...) Tak boleh nak menambah kata takut nanti makin ramai "peminat".....
Tolong baca dengan pemahaman saya bukannya ahli pembangkang kerana untuk menyatakan prinsip dan tidak bersetuju dengan semua kelemahan kawalan ini tidak perlu menjadi seorang penyokong atau pembangkang.
Yang salah baik di pihak kerajaan ataupun lawan perlu diakui sepenuhnya tanpa perlu ego tebal masih ingin menafikan lalu membutakan hati kita semua betul hanya kerana beranggapan yang menegur itu sekadar mencari salah lawannya sahaja...
Jadi apabila saya menemui sungai dikawasan hiliran yang tidak bersambungan dengan Sungai Telom yang berbeza ciri yang biasa ditemui cukup amat mengembirakan.
Sungai yang saya maksudkan kalau mengikut lebaran Peta CH Lembar 72 adalah Sungai Sengam yang mengalir dari kawasan pergunung sekitar ketinggian 1431 meter dari aras laut dalam Hutan Rizab BT Tapah Daerah Batang Padang Tapah, Perak ini amat mengujakan.
Saya dan rakan kerja memasuki kawasan ini semata-mata ingin melihat kawasan sekitar dan sumber air. Y
ang pastinya dari kawasan Negeri Pahang ianya memang jelas tidak langsung tergugat hutannya berbanding melihat di sebelah timur yakni Cameron Highlands yang jelas bercompang camping ditarah petani.
Kami melalui kawasan pertanian konvensional di Cameron Highlands dan hanya sekitar 200 meter kami menemui batu sempadan Negeri Pahang dan Perak.
Selepas ini kami meredah laluan hutan yang kadangkala lapang dan kebanyakkannya adalah sedikit semak kerana jarang dilalui. Bagus.
Perjalanan pergi agak mudah kerana kami menuruni hampir 2/3 laluan kami dan bayangkan semasa pulang kami melawan arus melakukan pendakian.
Namun ketika sampai di Sungai Sengam kami sedikit terhibur kerana airnya jernih walaupun saiz kelebaran sungainya tidak lebar mahupun dalam.
Menuruni alurnya kami menemui Air Terjun yang tidak bernama di dalam peta topografi sebelum ini.
Tanpa persediaan kami tidak berani untuk turun ke bawah melalui tebing curam dan sekadar hanya melihat dari tebingnya sahaja.
Jadi niat hendak mengambil gambar secara keseluruhan tidak tercapai dan sekadar dari sisi tepinya sahaja.
Ini bukan seperti kawasan air terjun yang sudah ditemui lama dan sering dikunjungi oleh orang awam yang membentuk denai-denai sekitarnya.
Biarpun ringkas alur airnya, ianya mempunyai 4 atau 5 tingkat sebelum membentuk sebuah kolam kecil di tingkat bawah.
Insyallah dalam kungjungan yang lain kami akan cuba menyelinap ke tingkat terbawahnya.
Cuma dalam sedang berehat menguyah biskut mencari sedikit tenaga sebelum mendaki pulang, kami berempat berangan-angan alangkah baiknya kalau Parit Waterfall atau Robinson fall bersih seperti alur sungai ini kerana tanpa perlu mengerah penat mudah dikunjungi.
Dan pastinya Lata Iskandar di Jalan Pahang menuruni Tapah menjadi kawasan air terjun terbaik untuk dikungjungi semua lapisan umur tanpa perlu mendaki dan menelusuri denai kerana cabaran sebenar di situ adalah mencari tempat meletak kereta sahaja dicelahan selekoh dan tebing jalan yang sempit.
Apapun 4 jam lebih yang kami peruntukan untuk ke laluan ini rasanya masih berbaloi....
Jadi kalau anda tanya saya apakah nama air terjun ini... saya tak tahu... tetapi kalau nak gatal-gatal menjawab.. "Jack Waterfall".... kih kih ..
Jangan marah ...
Klik album FB saya untuk koleksi gambar yang selebihnya.
Insyallah kalau saya menemui koleksi gambar lama saya sekitar 2009 dahulu, akan saya kongsikan pula cerita satu lagi air terjun air sungai ini di bahagian huluannya...
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.