Tuesday, July 8, 2014

CHTTMJ 2014 .. Laluan jamboree...

Saya ingin berkongsikan catatan awal saya di Cameron Riders mengenai cabaran laluan Jamboree ini yang bakal kembali diharungi oleh peserta...

Anda berani? jom sertai CHTTMJ 2014...

Untuk catatan kedua mengenai laluan ini kami ingin berkongsikan secara khusus peringkat ketinggian laluan kerana ramai yang agak khuatir dengan tahap kayuhan terutamanya bagi 'newbees".


Kita akan bermula di 0 kilometer pada ketinggian 1018 "meter dari aras laut" (msl) di Padang Habu sebelum bersantai sekitar 2.5 km pertama melintasi Lake House Resort sebelum mula mendaki ke paras 1049 msl.


Selepas pendakian ini semuanya adalah menuruni bukit sehingga ke paras separuh ketinggian tempat berlepas iaitu 554 msl di Pos Menson dan melibatkan sejauh 15.3 km dengan penuh santai. Santai sesantainya... 


Ketika ini laluan adalah melalui Jalan Persekutuan C156 dengan kualiti laluan yang amat baik. 


Memasuki persimpangan Pos Menson ke Kampung Orang Asli Kuala Boh, di sinilah pendakian bermula dengan menggunakan laluan jalan kampung berkonkrit dan anda akan tiba di Kampung Kuala Boh di paras ketinggian 754 msl dan berjarakkan 4.81 km.




Masih belum mencabar ? Laluan seterusnya adalah laluan "Off Road" melibatkan kawasan hutan dan laluan separa tanah dan konkrit sejauh 2.76 km sahaja tetapi melibatkan perubahan ketinggian sekitar 209 meter iaitu 963 msl apabila anda tiba di Kampung Orang Asli Pangan. 



Penat? Jangan risau, laluan anda seterusnya adalah melalui Ladang Teh Boh dengan Bahagian Farlie Estate menjadi halaman laluan anda sebelum ke Bahagian Sentral sejauh 6.54 km untuk tiba di BOH Tea Centre. 


Ketika ini anda perlu mendaki di 1.7 km terakhir dari paras 1,050 msl ke 1,309 msl.



Selebihnya 6.87 km adalah laluan menuruni bukit sehingga di penamat ditempat yang sama pada ketinggian 1018 msl.


Nampak mudah? Anda sudah memahami laluan ini.

Ini adalah laluan yang pertama dan masih dalam penambahbaikan dan mungkin akan ada perubahan nanti yang akan kami kongsikan nanti.

Mahu lebih cabaran Off Road? Lebih lama di Ladang Teh  yang menghijau hamparannya...? 

Cuba anda kongsikan laluan impian anda bersama kami... 

* Terima kasih kepada arepex'san di atas rekod kayuhan beliau yang dikongsikan ini. 

Catatan asal di SINI.

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.