Masih dengan topik yang sama... mencari sisi yang berbeza di Cameron Highlands, dan juga masih berkisar kepada aktiviti berbasikal bukit.
Jika dalam catatan keempat siri ini menceritakan bagaimana mencari sisi yang berbeza di Ladang Teh Boh di Habu, kali ini saya memanjangkan pula ke Ladang Teh Sungei Palas, yang terletak di kaki Gunung Brinchang.
Namun ini bukan kisah dan pengalaman saya semata tetapi saya petik dan olahkan dari pengalaman rakan-rakan CAMERON RIDERS dan juga rakan FB yang lain.
Untuk mencuba trek di Gunung Brinchang ini, saya syorkan anda menggunakan kaedah yang lebih menjimatkan tenaga.
Kenapa? Kerana laluan ini akan melibatkan 75 peratus pendakian.
Kenapa? Kerana laluan ini akan melibatkan 75 peratus pendakian.
Maksudnya, simpan tenaga anda jika anda bermalam di Tanah Rata untuk ke jalan masuk utamanya.
Pilihannya anda boleh menaiki kereta sehingga ke kawasan Kea Farm dan meletak kenderaan berdekatan dengannya sebelum memasuki kawasan persimpangan ke Ladang Teh Sungei Palas. Tenaga perlu dijimatkan untuk pendakian.
Pilihannya anda boleh menaiki kereta sehingga ke kawasan Kea Farm dan meletak kenderaan berdekatan dengannya sebelum memasuki kawasan persimpangan ke Ladang Teh Sungei Palas. Tenaga perlu dijimatkan untuk pendakian.
Namun bagi pengayuh tegar, silakan sahaja bermula dari mana anda ingin berkayuh. Dah power dan berjiwa kental.
Saya syorkan anda memulakan seawal pagi. Malah jika anda mencari tempat penginapan hotel terdekat adalah di Hotel Kea Farm sendiri atau Copthorne Hotel.
Memasuki kawasan ini saya mencadangkan anda bertolak awal pagi untuk melihat sendiri matahari terbit di salah satu 'spot utama' untuk melihat matahari ini di Cameron Highlands dengan hamparan pokok teh yang memukau.
Melalui 3 km pertama tidaklah sukar kerana hanya sedikit pendakian awal diperlukan sebelum menuruni ke kawasan kakinya.
Tetapi sebaik sahaja anda berkesempatan melihat keindahan matahari terbit pasti anda merasakan perjalanan kayuhan sudah mulai berbaloi. Klik..
Yang ingin ke Pusat Teh anda boleh melalui kawasan perumahan pekerja ladang teh seawal pagi.
Biasanya pukul 6.30 pagi mereka sudahpun hadir melapor diri atau dipanggil 'muster'. Hadirkan diri anda untuk sesi muster ini juga boleh dianggap pengalaman baharu kelak.
Biasanya pukul 6.30 pagi mereka sudahpun hadir melapor diri atau dipanggil 'muster'. Hadirkan diri anda untuk sesi muster ini juga boleh dianggap pengalaman baharu kelak.
Melewati kawasan perumahan ini, anda boleh mengikuti mereka dari jauh ke kawasan tuaian teh pada pagi tersebut atau bergerak ke arah sekolah untuk mencuba laluan bawah anjung pandang Pusat Tea dan terus ke pinggiran ladang ini.
Jika hari sekolah, anda boleh melihat kumpulan kanak-kanak sekolah berjalan kaki ke sekolah mereka yang terletak bersebalahan kawasan meletak kereta.
Berada seawal pagi di kawasan ini pastinya akan lebih lengkap jika anda kemudian kembali ke Pusat Teh dan menikmati secawan tea sebagai sarapan beserta kek-kek coklat atau keju mereka beserta scone.
Jangan lupa menjengah sekejab ke ruangan kilang the dan rumah pengurusnya dibahagian belakang yang sedikit menarik pandangan saya.
Itu jika anda memilih untuk ke bahagian bawah. Bagi mereka yang memilih ke bahagian atas Puncak Gunung Brinchang, inilah cabaran dan apa yang anda akan temui.
a. Laluan pendakian bermula. Mendakilah dengan sebaiknya namun terdapat tarikan awal sekitar kawasan ini iaitu kawasan perumahan pekerja ladang teh yang bewarna hijau dan berbumbungkan lumut yang sudah menutupi sebahagian bumbungnya.
b. Perhatikan aktiviti yang terdapat di sekitar kawasan ini kerana kawasan ladang ini dikenali sebagai Division Gunung Brinchang.
Mereka biasanya mempunyai pasukan pemetik daun teh yang khas di kawasan ini.
c. Mendakilah kawasan ini dengan santai dan berhentilah di sudut pandang di penghujungnya ini yang merupakan sempadan antara ladang teh dan hutan simpan.
Ambil Gambar dan nafas kerana pendakian seterusnya lebih mencabar.
5 KM aje lagi... Gambar Nizam Xzam |
d. Memasuki kawasan hutan selepas pendakian membawa anda jalan yang sedikit landai dan menuruni kawasan kebun sayur dan strawberri.
Ingat ini adalah kawasan tanaman sayur dan strawberry yang tertinggi di Cameron Highlands.
e. Melepasi kawasan kebun sayur ini, anda akan terus mendaki dan kawasan ini agak mendaki dan menuntut stamina yang tinggi.
f. Istimewanya selepas pendakian ini anda akan melalui kawasan gunung mossy atau hutan lumut di sepanjang laluan ini.
Menariknya seawal pagi adalah kabus tebal yang membentuk suasana yang cantik dipandang.
Ketika sini anda akan melihat pokok-pokoknya semakin merenek dan juga berlumut batangnya. Klik gambar yang lain .. sini
g. Anda akan sampai di kawasan pintu masuk Mossey Forest atau Hutan Lumut yang juga merupakan laluan utama ke Gunung Irau.
Malah ketika ini jika awal pagi dihujung minggu anda akan terlihat khemah-khemah pendaki yang ingin menawan Gunung Irau.
h. Anda boleh memilih untuk masuk ke Hutan Mossey atau cadangan saya adalah anda terus dahulu ke 300 meter di hadapan yang akan mengesahkan anda telah menawan Puncak Gunung Brinchang yang berketinggian 2200 meter dari paras laut.
Terdapat menara pandang di sebelah stesen TM dan jika awal, saya mencadangkan anda untuk mendaki tangga menara pandang untuk melihat awan di atas puncak gunung dan jika bernasib baik di awal pagi awan jelas melitupi permukaan bukit dan gunung sekitar Cameron Highlands. Klik
Terdapat menara pandang di sebelah stesen TM dan jika awal, saya mencadangkan anda untuk mendaki tangga menara pandang untuk melihat awan di atas puncak gunung dan jika bernasib baik di awal pagi awan jelas melitupi permukaan bukit dan gunung sekitar Cameron Highlands. Klik
i. Bila anda berkayuh pulang, singgah di Mossey Forest. Tempatnya amat selesa dengan kemudahan pejalan kaki berkayu yang membolehkan anda melihat keunikan pokok-pokok renek berlumut sehingga 800 meter panjangnya sebelum trek ke Gunung Irau bermula.
Habiskan masa dengan lebih santai di sini. Lihat dan jelajahlah setiap ceruk hutan lumut ini sehingga ke penghujung laluan berkayunya.
Bergambarlah dengan keindahan alam.
Bergambarlah dengan keindahan alam.
j. Menuruni gunung ini, anda harus berhati-hati kerana biasanya kenderaan bertambah banyak mendaki gunung ini.
k. Jika sampai di bawah, cubalah beberapa laluan dalam ladang teh untuk mencari sudut yang berlainan.
Saya belum mencuba berbasikal di laluan ini. Gila rasanya. Nak berbasikal ke Brinchang dari Tanah Rata selalu separuh jalan inikan pula ke puncak Gunung Brinchang.
Tetapi rakan-rakan di Cameron Riders biasanya pada hari Sabtu rajin menelaah laluan ini. Cubalah hubungi mereka jika ingin bersama mendaki. Hubungi mereka di laman FB mereka di sini .
Saya percaya, sisi laluan ini akan memberikan anda sedikit perasaan yang berbeza bukan hanya dengan keindahan ladang tehnya, hutan mossey forestnya ataupun pemandangan alam Cameron Highlands di puncak menara pandang Gunung Brinchang tetapi pastinya cabaran mendaki berbasikal...
Hanya jiwa kental boleh melakukanya.... seperti rakan FB Saya saudara Nizam Xzam yang mendakinya secara solo minggu lalu...
cantik gambar ..seindah pemandangan nya.. dari FB Nizam Xzam |
Gambar-gambar beliau saya kongsikan sebahagianya di sini seperti ruangan caption...
Anda mahu mencuba? ... silakan... mencari dan menikmati sisi yang berbeza di Cameron Highlands....
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.