Dua tahun lepas ada seorang pembaca blog ini menghantar mesej bertanya samada di sini ada perkhidmatan bersiar-siar menaiki helikopter untuk melihat pemandangan dari udara.
Beliau berkongsikan pengalaman beliau menaiki helikopter di New Zealand katanya yang ada menawarkan perkhidmatan sebegitu.
Jawapan saya tiada kalau dari Cameron Highlands sendiri.
Tetapi kalau berdasarkan pengalaman saya, sebenarnya terdapat perkhidmatan helikopter dari Subang Sky Park yang membawa pelancong ke sini dengan khidmat sewa khas dan pastinya bukan berdasarkan trip 10-15 minit yang biasa ditawarkan di negara yang popular dengan perlancongan.
Tapi catatan saya bukan mengenai perkhidmatan sewa khas tersebut tetapi sekadar nak berkongsi gambar-gambar helikopter yang selalu datang ke sini samada disewa khas oleh pelancong yang kaya raya seperti dari Eropah dan Arab yang biasanya akan menginap di hotel yang besar seperti Cameron Highlands Resort yang selalu menjemput ketibaan pelancong yang menginap di hotel mereka.
Selain itu juga kawasan daerah ini memang memerlukan helikopter untuk melihat keseluruhannya kerana kawasan seluas 72 000 km persegi ini berbukit bukau dan jaringan jalan yang terhad.
Saya ada dua catatan mengenai pemandangan Cameron dari atas semasa berpeluang terbang sekali dulu serta koleksi dari rakan-rakan.
Cuma kelemahan yang ketara adalah bukan setiap hari cuaca baik dan jika berkabus tebal sukar untuk melihat dan mendarat.
Keduanya tempat mendarat pun kini kian sukar dan ini saya hadapi sendiri semalam ketika menguruskan kebenaran mendarat helikopter yang membawa pelawat ke syarikat saya.
Kalau dahulu ada tapak pendaratan helikopter yang besar dan selesa di Kem Brinchang, kini ianya telah ditutup.
Pilihan kedua biasanya di Padang MDCH tetapi juga ditutup untuk kerja naik taraf padang dan pembinaan stadium mini. Kalau tidak dinaiktaraf kalau bertembung dengan aktiviti di padang tak boleh guna juga untuk keselamatan pengunjung di sana.
Pilihan ketiga adalah di Kem Slim tetapi hanya terhad untuk kegunaan ketenteraan dan kerajaan.
Mujurlah pilihan keempat di padang TNB di Habu berjaya diperolehi kebenarannya sejam sebelum dijadualkan mendarat!!!. Terima kasih TNB.
Namun pilihan selain itu adalah di padang sekolah yang kecil samada di Ladang Teh atau di Kea Farm atau di Kg Raja. Untuk VVVIP , biasanya Padang Golf digunakan. Mesti triple VVV ke atas sahaja.
Rasa nak buat helipad sendiri pulak nanti selepas ini jika dikenang-kenang kesusahan semalam.
Errr.. berapa sewa helikopter. Entah saya sendiri tak pasti tapi orang kata sejam RM 3000-5,000 mengikut jenis dan muatan penumpang .... !!!!
Masih berminat ?
Klik di sini untuk koleksi helikopter yang pernah saya rakamkan.. banyak lagi cuma nak kena cari dimana simpannya koleksi terdahulu.. macam-macam model ada!!!
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.