Kejadian tanah runtuh semalam di Brinchang kembali hangat mengisi ruang sejuk dan dingin Cameron Highlands.
Setelah tidak sampai 2 minggu lebih, mata dan pandangan seluruh negara tertumpu ke daerah tinggi ini akibat banjir kilat di Lembah Bertam, perasaan ingin tahu kembali memuncak dengan kejadian tanah runtuh ini.
Selamatkah Cameron Highlands ? antara soalan yang ditujukan kepada saya melalui pesanan yang diterima di facebook saya.
Saya tidak mahu menjanjikan apa-apa cuma anda perlu bertanya kepada diri sendiri, yakinkah anda dengan keadaan di sini.
Saya? secara peribadi masih yakin kerana melibatkan hanya kawasan yang tertentu sahaja setakat ini. Insyallah didoakan sentiasa selamat.
Untuk kisah semalam, saya hanya mengetahui sekitar pukul 8.30 malam melalui whatsapp rakan-rakan namun tidak tergerak untuk ke sana kerana suasana masih hujan lebat.
Melalui rakan saya yang rumahnya hanya 100 meter dari tempat kejadian menyatakan, mangsa yang juga pemilik bengkel kereta, Che Mat masih terperangkap namun selamat.
Rakannya pula masih terperangkap tetapi mengalami kecederan kaki dan pihak Bomba dan Penyelamat masih berusaha membawanya keluar dari sisa runtuhan bengkel dan tanah runtuh.
Saya sempat menjengah kawasan kejadian tengahari tadi dan melihat bagaimana kesan runtuhan yang berlaku malam tadi.
Dari perhatian amatur saya, tanah yang runtuh melibatkan seolah-olah satu blok bahagian bukit dari keseluruhan cerun. Ianya kelihatan mengelungsur ke bawah dari ketinggian 30-40 meter dengan membawa beban pokok-pokok dan air hujan yang lebat ketika itu.
Mujur juga saya melihat bagaimana arah gelunsuran tanah tersebut mengena bengkel kereta sahaja.
Kalau ianya berganjak sekitar 10-15 meter ke sebelah kanan, tentu tiada terbayang kerana di situlah kediaman pemilik bengkel ini bersama keluarga yang berada di dalam rumah tersebut.
Alhamdulillah selamat.
Cuma melihat kemusnahan kereta yang dihantar untuk dibaiki di bengkelnya, saya pasti Che Mat juga gusar dengan ganti rugi yang perlu ditanggungnya termasuklah keretanya miliknya sendiri yang turut terlibat.
Apapun kepada Che Mat dan keluarga serta rakan-rakannya yang terselamat saya sama-sama memanjatkan syukur kepada Illahi diatas peluang yang diberikannya...
Gambar-gambar selebihnya di sini.. klik
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.