Kejadian banjir lumpur yang diibaratkan bagai tsunami gunung adalah akibat perlepasan air di Empangan Sultan Abu Bakar (ESAB).
Sebelum air dilepaskan, Cameron Highlands mengalami hujan yang amat lebat dan berpanjangan. Rakan saya di ladang teh Boh mengatakan bajaan tolok hujannya mencecah 33 mm pada malam kejadian.
Pihak pengurusan ESAB dibawah Tenaga Nasional Berhad telah mengambil langkah-langkah mengikut SOP mereka untuk perlepasan air tersebut.
Dari Khemah Pusat Operasi, saya mendapati kronologi kejadian perlepasan air yang dilakukan.
Bermula pada 11.40 malam, pihak pengurusan ESAB memaklumkan kepada Ketua Polis Balai Ringlet untuk perlepasan Air.
Ketua Polis Balai Ringlet bersama anggota dan MPV memaklumkan perlepasan air akan dilakukan kepada penduduk di sekitar kawasan Lembah Bertam termasuklah ketua kampung.
Pada 12.01 minit , siren amaran dibunyikan secara berterusan. Siren amaran ini terletak di atas Empangan dan juga di dalam pekan Bertam bersebelahan dengan Pondok Rela.
Bunyi amat kuat malah ketika petang hari pertama kejadian, bunyi siren dimainkan sekali lagi kerana akan dilakukan perlepasan air dari empangan. Saya yang berada di kawasan tersebut mendengarnya.
Cuma di malam hari ketika sedang tidur serta hujan, bunyinya mungkin kurang kuat kedengaran. Mungkin tambahan siren di beberapa lokasi berhampiran perlu dilakukan kelak.
20 minit kemudian, air mula dilepaskan untuk bukaan sebanyak 4 inci. Dikhabarkan bukaan yang pertama tidak mendatangkan masalah.
Cuma bukaan kedua pada pukul 1.00 pagi menyebabkan air mula naik mendadak dan melepasi benteng sungai dan memasuki ke kawasan perumahan. Kemusnahan bertambah parah kerana air yang bersama dengan sampah sarap membawa momentum yang cukup deras sehingga memusnahkan apa sahaja halangan dihadapannya.
Biarlah gambar-gambar ini menceritak berapa kesannya.
selebihnya di laman fb saya di sini .
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.