Antara yang mudah menarik perhatian saya ketika melawat kawasan bencana selain dari rumah dan bangunan yang musnah adalah kereta-kereta yang turut hanyut dan akhirnya terdampar di merata sudut di kawasan ini.
Boleh dikatakan di mana kawasan laluan air, akan terdapat kereta tersadai dalam keadaan yang membingungkan kita.
Ada yang masih di dalam air, terhimpit antara satu sama lain, dihadapan rumah, tertindih, terbenam dan berbagai lagi posisi lain.
Melihat kepada kemusnahan sebegini, saya berfikir bagaimana arus deras pada malam tadi melimpah sehingga jauh dari tebing lalu menghayutkan kereta-kereta ini ke laluan air dan tersadai bila air surut.
Saya sempat bersembang dengan salah seorang mangsa yang terselamat mengenai keretanya. Katanya dia sudah berusaha untuk menyelamatkan kereta malah telah berada di dalam kereta untuk dialihkan.
Namun malangnya, air naik terlalu pantas. Dia sendiri terasa terapung-apung sebelum berusaha untuk keluar dari kereta kerana keretanya mula dihanyutkan air.
Malah dari dengar-dengar, ada sebuah Storm yang dihanjutkan hampir 2 km dari kawasan rumahnya.
Juga turut saya dengar di kawasan Kampung Orang Asli Kg Susu di hilir sungai ini juga terdapat 2 buah kereta wira yang hanyut tanpa dapat dikesan sehingga kini.
Saya tinggalkan anda dengan koleksi gambar kereta yang terlibat.
Malangnya difahamkan, kereta ini tidak dilindungi oleh insuran akibat bencana alam. Malang bertimpa-timpa jadinya...
KLIK .. untuk 35 keping gambar sepenuhnya...
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.