Friday, October 4, 2013

Cameron Highlands: Little Europe

INama tempat ni bukan Little Europe tapi saya saja berikan namanya sebegini kerana di sini terbinanya koleksi rumah persendirian yang bercirikan senibina Eropah. 



Saya lihat ada yang bersenibinakan Belanda, Enggeris dan Perancis. 


Walaupun sekitar 8 unit kalau tak silap saya , binaan kincir angin di bahagian pintu masuknya yang juga pos keselamatan amat menarik untuk bergambar. 


Tapi harus diingat, ianya kawasan persendirian.. Itu sahaja had yang boleh anda berada jika di sini. Tidak dibenarkan masuk ke dalam laman boulevard nya ...


Cuma nanti kalau tak silap dengar, di hujungnya terdapat sebuah restoran yang boleh anda kunjungi jika dibuka nanti melalui tangga di bahagian bawah berhadapan padang golf. 

Rekabentuknya seperti perkampung Smurf.

Selain itu juga terdapat Kasimanis Strawberry Farm di bahagian hujung jalan ini untuk anda singah dan mengambil gambar di sini.

Lokasinya betul-betul di hadapan padang golf. Masuk ke Kasimanis Strawberry Farm.

Boleh lah untuk menjadi pilihan koleksi untuk mengambil gambar di sini... seperti kami sekeluarga.... di sini

Ingat sekadar mengambil gambar sahaja. Jangan masuk ke dalam ... 

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.