Tuesday, September 3, 2013

Tips Melancong ke Cameron Highlands: Merdeka Jungle Walk...

Jika anda tertarik dengan tajuknya catatan ini, jangan terpedaya.
 
Bukan jejak merdeka yang saya ingin kongsikan tetapi sekadar Jungle Walk bersama anak-anak di hari Merdeka sahaja.
 
Aktiviti keluarga semata yang kami namakan Merdeka's Jungle Walk.
 
Maklumlah, di Cameron Highlands mana ada supermarket besar untuk berjalan-jalan dihujung minggu.
 
 
Kalau sebelum ini, saya berkongsikan beberapa denai kembara di sekitar Tanah Rata, kali ini masih lagi di Tanah Rata tetapi mengenai Denai 10 dan 11 iaitu denai kembara ke Gunung Jasar dan Perdah.
 
Saya belum sempat mendaki kedua-dua gunung ini. Namun saya mengetahui kewujudan dua denai ini.
 
Kisah kami sekeluarga ke denai ini ringkas juga.


 
Selepas morning walk atau jalan pagi di Stesen Mardi, anak-anak kami tak puas kerana trek yang tak mencabar.
 
 
Bayangkan anak kecil berumur 3 tahun setengah dan abangnya nak masuk 5 tahun hujung minggu ini terkinja-kinja minta ke jungle trek.
 
Disokong pula oleh Mamanya yang jugak tidak berpeluh langsung katanya di Mardi tadi.
 
" Nak panjat bukit. Kasut tak kotor lagi '.  katanya..
 
Jadi selepas sarapan, sekitar 10 pagi saya membawa mereka ke denai ini. Pintu masuknya di sebelah Oly Apartment melalui Tan Cammelia Garden di Tanah Rata.
 
Awal trek melalui Tan Camelia Garden anda boleh melihat himpunan koleksi bunga Camellia sebelum memasuk treknya.
 
Agak landai walaupun sebelum itu perlu memanjat sedikit laluannya.
 
Terdapat dua kawasan mendaki yang masih boleh dilalui oleh anak kecil kami namun perlu sedikit bantuan dewasa.
 
 
Laluan seterusnya adalah kawasan trek hutan sepenuhnya tanpa binaan batu bata.
 
Menyelusuri kawasan berakar dan juga halangan pokok kayu yang tumbang mengujakan anak-anak saya di bawah redup rimbunan pokok-pokok hutan.
 
Setiap halangan kayu yang melintang laluan denai diusahakan sendiri oleh mereka samada menunduk ke bawah, memanjat batang pokok dan dahan tumbang sehinggalah membuat lencongan.
 
 
Yang penting anda perlu berada dekat dengan mereka untuk memberi bantuan.
 
Malah ketika kami melalui laluan ini, bantuan kami suami isteri di tolak oleh kedua anak kami kerana mereka ingin mencubanya sendiri dahulu.
 
Sentiasa bertanyakan samada mereka memerlukan bantuan atau tidak dan gunakan kebijaksanaan kita menilai cabaran yang ditempuhi itu samada bersesuaian atau tidak dengan mereka.
 
 
Trek ini sepanjang 2 km jauhnya sebelum menemui laluan persimpangan ke Gunung Perdah dan Jasar tetapi kami memutuskan hanya melalui sekitar 500 hingga 600 meter yang pertama sebelum berpatah semula kerana hari yang semakin mendung.
 
 
Tetapi cukuplah untuk mereka merasai keseronokan cabaran alam secara bersantai.
 
Aktiviti ringkas yang mengambil masa sekitar 1 jam setengah untuk laluan pergi balik sekitar 1-1.2 km dengan trek yang sederhana mencabar sesuai untuk kanak-kanak bawah 5 tahun seperti anak-anak kami.
 
 
Apapun.. selamat mencuba dan ingat.. Utamakan Keselamatan ...
 
Gambar-gambar yang selebihnya boleh dilihat di laman FB saya di SINI...

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.