Ini bukan tips melancong sebenarnya tetapi lebih kepada aktiviti kami sekeluarga di pagi hari Merdeka.
Namun bagi anda bangun awal dan solat subuh kemudian berjalan atau berjongging, di Cameron Highland ini rasanya lebih teruja.
Teruja kerana anda bukan sahaja melawan rasa mengantuk atau enak diulit mimpi dibaluti kedinginan subuh tetapi juga penyaman udara yang asli tanpa boleh dikawal.
Kalau anda ke Ringlet seawal pukul 5 pagi anda akan temui sekumpulan pejalan kaki yang menjadikan aktiviti tersebut sebagai rutin harian mereka dengan hanya seluar pendek dan baju tanpa baju sejuk.
Boleh tahan ke sejuk mereka ini... dah namanya rutin.. mestilah kebal ...
Tetapi kisah kami ini ringkas.
Bangun pagi sabtu Merdeka yang lalu dan memutuskan untuk berjalan pagi sebagai Merdeka Walk seawal 7.30 pagi.
Melewati kawasan Pekan Tanah Rata, kelihatan sambutan ringkas kemerdekaan diadakan di tapak letak kereta Majlis Daerah Tanah Rata.
Tahun-tahun terdahulu, mereka akan berarak ke Padang Bolasepak tetapi masih dalam ubahsuai pembinaan granstand. Tahun hadapan pasti akan lebih meriah apabila stadium mini siap.
Pertama selamat. Tiada kenderaan yang lalu lalang kerana dalam kawasan MARDI dan sesuai untuk dua anak kecil kami.
Tak perlulah bimbang kenderaan datang dan mereka bebas berjalan tanpa perlu kita menjerit-jerit berhati-hati.
Kedua boleh berjalan melihat tanaman sayur-sayuran dan bunga-bungaan segar.
Anak-anak kecil tak tertarik sangat pun. Mereka lebih suka berlari ke sana sini memasuki kawasan tanaman dan bunga-bungaan.
Ketiga boleh terus sarapan.
Kalau anda berjalan dan ingin bersarapan agak susah dan menghabiskan masa untuk bergerak ke dua kawasan. Di Mardi anda boleh memilih samada untuk bersarapan di Ros Cafe atau Teh Kiosk.
Kali ini kami mencari sudut-sudut yang jarang-jarang kami lalui malah tidak pernah.
Kalau selalunya laluan utama dihadapan adalah pilihan tetapi kali ini kami memilih sehingga ke plot kajian di belakang dan bengkel mereka shinggala ke plot tanaman yang lain seperti epal, pemuliharaan tanah dan teh.
Juga dipanjangkan ke laluan teh ke pondok pandang yang selama ini sekadar dilihat dari jauh sebelum memasuki kawasan tanaman strawberry.
Penamatnya di Teh Kiosk untuk bersarapan ringkas.
Laluan ini hanyalah sekitar 45 minit sahaja dengan keletah anak-anak kami yang seronok ke sana sini.
Sekadar senaman ringkas juga. Anda boleh mencubanya... gambar yang lain boleh dilihat di laman FB saya... DI SINI.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.