Friday, September 6, 2013

Cameron Highlands: Tanah Runtuh di laluan Simpang Pulai ke Cameron Highlands

Ini berlaku semalam dan saya pinjam gambar dari Kak Ros, tuan punya Ros Chalet yang tersangkut dalam perjalanan pulang lebih 2 jam lamanya.
 
Lokasinya secara tepat tidak saya dapat kongsikan tapi saya tahu lokasinya berdasarkan gambar-gambar yang dikongsikan oleh Kak Ros. FB .
 
 
Jika anda datang ke Cameron Highlands melalui Simpang Pulai ketika masih dalam Negeri Perak sebelum selepas melepasi jambatan yang panjang, anda akan menempuh kawasan ini.
 
Kalau dari Ipoh, sebelah kiri anda akan kelihatan bangunan rumah plastik berdindingkan hijau putih ini dan jika dari Cameron Highlands, anda akan melihat kawasan bertutup zink di seberangnya.
 
 
Puncanya saya tidak pasti tetapi terdapat tapak projek pertanian di atasnya. Mungkin larian air permukaan kawasan tapak tersebut telah menuruni kawasan jalan raya ketika hujan lebat.
 

 
Dua jam diambil untuk membersihakn laluan ini dari sampah sarap. Tiada kemalangan kedengaran malah tiada berita di akhbar utama hari ini (Versi online, versi kertas saya tak belipun).
 
Cuma jika datang ke sini dan menghampiri kawasan ini diwaktu hujan berhati-hati sedikit ya...

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.