Kajian daripada Pasukan Penyelidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Norlida Hanim Mohd Salleh (norlidahanim@gmail.com)
Redzuan Othman (redzuan@ukm.my)
Siti Hajar Idris (hajar@ukm.my)
Abdul Hamid Jaafar (ahamid@ukm.my)
Doris Padmini Selvaratnam (pegasus@ukm.my)
Pusat Pengajian Ekonomi, FEP
Universiti Kebangsaan Malaysia
Tinggal kenangan gambar ini... koleksi peribadi saya sekitar 2010.. |
Antara kajian menyeluruh mengenai kesan pembangunan pelancongan yang amat sesuai untuk dikaji dan dibaca,
Silakan ke link UKM untuk perician kajian yang telah mereka lakukan.
klik ke laman kajian UKM di SINI
Tapi saya suka memetik antara kajian mereka :
Profil responden bagi kajian ini ditunjukkan oleh JADUAL 3. Daripada jadual didapati bilangan responden dari segi jantina adalah hampir seimbang iaitu 42.7 peratus adalah lelaki dan 57.3 adalah perempuan.
Daripada keseluruhan responden, 26.1 peratus adalah ketua isi rumah (KIR) dan 73.9 peratus adalah ahli isi rumah (AIR). Bagaimanapun, dalam usaha mendapatkan maklumat berkaitan responden yang tepat, AIR yang dipilih adalah AIR yang dapat mewakili isi rumah tersebut. Majoriti mereka berumur antara 21-30 tahun (59.9 peratus), 31-40 tahun (20.0 peratus) dan 41 tahun ke atas (20.0 peratus).
Peratus dari segi status perkahwinan responden adalah seimbang iaitu 46.6 peratus belum
berkahwin dan 45.6 peratus telah berkahwin. Selebihnya adalah dalam kumpulan balu/duda serta bercerai.
Sekitar 54.3 peratus adalah merupakan keluarga asas manakala 45.7 peratus adalah keluarga luas.
Dari status ini, membuktikan terdapat hampir separuh ahli keluarga yang telah berumah tangga masih tinggal bersama ahli keluarga mereka.
Majoriti penduduk (87.6 peratus) merupakan penduduk asal dan selebihnya adalah penduduk dari kawasan luar yang berhijrah ke Kg. Sg. Ruil.
Punca perpindahan adalah disebabkan oleh faktor perkahwinan (8.1 peratus) dan pekerjaan (4.3 peratus).
Majoriti penduduk beragama Kristian (35.1 peratus), diikuti Islam (33.6 peratus), agama
Nenek-moyang (14.5 peratus), Hindu (0.8 peratus) dan lain-lain (16.0 peratus)
Harap-harap tidak diklasifikasikan sebagai Copyright Reserved bahan ilmiah ini.
Kalau ada teguran nanti, saya keluarkan catatan ini.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.