Monday, June 3, 2013

Tips Melawat Cameron Highlands: Membeli postcard...

Ketika saya berjalan ke arah HSBC di Tanah Rata sekitar 2 tahun yang lalu, saya tertarik melihat seorang lelaki Enggeris yang sedang membelek-belek poskad.
 
Bagi sesetengah orang, bukanlah luar biasa melihat pelancong membelek-belek sebelum membeli poskad untuk dihantar ke rakan dan keluarganya.
 
 
Yang menarik perhatian saya, 'pelancong' ini bukan membelek poskad tetapi mengira baki poskad dan menambahkannya dari bag sandang yang dibawa satu persatu setiap jenisnya.
 
Saya tertarik. Malah amat tertarik.
 
Saya mendekati lelaki tersebut dan mula bertanyakan adakah beliau yang menghasilkan poskad tersebut.
 
Jawapannya , YA.
 
Malah bukan sekadar menjualnya , malah beliaulah yang menangkap gambar, mengeditnya, mencetaknya dan menghantar ke kedai-kedai seluruh negara untuk dijual.
 
Saya bertambah tertarik.

Sebenarnya saya memang suka melihat koleksi gambar-gambar klasik Cameron Highlands yang menjadi hiasan poskad di sekitar Cameron Highlands.

Malah ketika saya datang kali pertama sekitar tahun 2001 yang dahulu saya sempat membeli dua keping poskad gambar dan salah satunya gambar di bawah ini dan saya sertakan di dalam album gambar saya ketika itu dan masih kekal sehingga kini.
 
 
Sambil menyusun dan menambahkan bilangan postcard di rak, beliau bersembang dengan saya dengan loghat Britishnya.

Beliau menghasilkan poskad untuk lokasi menarik Cameron Highlands sekitar tahun 1984 dan masih menggunakan gambar yang sama sehingga kini.
 
Beliau menceritkan kepada saya kunjungan beliau ke sini menjadikan minat fotografinya semakin melebar dan berbaloi.
 
Malah dengan terhad fungsi sebuah kamera menggunakan filem ketika itu, beliau menjelajah lokasi yang menarik dan menangkapnya.
 
 
 
Pastinya gambar-gambar seperti di Ladang Teh dan bangunan berbetuk kolonial di sini menjadi pilihan.

Kata beliau, ladang teh menjadi pilihan pembeli khasnya dari pelancong Eropah dan British khasnya yang tiada ladang teh di negara mereka kecuali sekitar di Jerman menjadikannya unik kerana ladang teh di Malaysia dibangunkan dan dimiliki oleh bangsa British yang tiada ladang teh di negara asal mereka!!!

Selain itu pemandangan menghijau dan berkabus yang menjadi identiti di sini turut dipotretkan sebelum dilakarkan semula di atas post card.
 
Beliau segera mencari sekeping gambar postcard yang menunjukan gambar pemetik daun teh yang kini telah pun tiada di Cameron Highlands kerana penggunaan peralatan menuai yang lebih ekonomikal.
 
 
Begitu juga dengan gambar pekebun strawbery yang menanam strawberry di atas tanah sebagai permulaan tanaman ini di Cameron Highlands. Ini tidak akan dapat anda lihat lagi di Cameron Highlands.
 
 
Pelbagai lagi kisahnya dikongsikan bersama saya.
 
Dari penggunaan kamera manual dan filem hinggalah kepada penggunaan kamera digital dan kisah sedih di penghujung usia Cameron Highlands yang menuju kehancuran alam sekitar akibat pembukaan ladang sayur tanpa kawalan menjadi antara initipati perbualan kami.
 
Saya mengakui kepada beliau, gambar-gambar post card beliau menjadi inspirasi kepada saya untuk mengambil gambar di lokasi yang sama biarpun sudah berbeza.
 
 
 
Beliau tersenyum dan menasihatkan saya untuk menyimpan gambar-gambar terbaik dalam bentuk gambar fizikal dan bukannya sekadar di dalam komputer kerana nilainya amat berbeza jika dicuci sekarang berbanding selepas beberapa tahun kemudian. 
  
Gantungkan gambar terbaik anda di rumah dan berbangga dengan hasil anda.
 
dennis m. allenKami berbual sekitar 40 minit sebelum beliau bergerak ke kedai yang lain.
 
Post cardnya sekitar RM 0.80 hingga RM 1.50 sekeping tetapi ceritanya tidak ternilai untuk dikongsi bersama.

Anda boleh membeli post card ini walaupun tidak untuk diposkan tetapi simpan di dalam album kenangan anda barang sekeping dua.
 
Saya tidak sempat bertanyakan nama beliau, namun pencarian saya menemui nama ini,  Dennis M. Allen dari SunSport Publication.

Lawati laman web beliau .. anda pasti tertarik sebagaimana saya meneliti setiap satu persatu gambar-gambar beliau hasilkan.

* Gambar-gambar di atas adalah koleksi gambar beliau dari laman web beliau ... Klik

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.