Friday, May 10, 2013

PRU 13: Suasana mengundi @ Felda Kumai ... 3

Catatan ini dikongsikan dari Feldakumai.com yang telah saya muatnaikan hari ini. Klik.
 
Catatan ketiga kali ini mungkin sekadar berkongsi sedikit pengalaman lama mengenai suasana piliharaya di Felda Kumai.
 
Sambil-sambil itu, saya akan selitkan beberapa tambahan gambar semasa PRU 13 yang baru-baru ini.
 
Jadi kalau anda rasa cerita tak ada kena mengena dengan gambar, cuma pedulikan sahaja.
 
PRU 13 @ Kumai 12
 
Saya sebenarnya tidaklah dapat mengingati sangat pengalaman lama kerana ketika zaman kanak-kanak, kurang berminat sangat. Malah ketika remaja juga masih kurang berminat kerana ketika itu tsunami politik tidak melanda gerenasi muda berbanding ketika ini.
 
Orang-orang tua juga selalu menegah kalau kami terlalu berminat dengan PRU dengan mengatakan urusan orang tua-tua.
 
Cuma saya masih ingat, jika berlangsungnya pilihanraya, suasana di felda ketika itu akan meriah. Dominasinya pasti kepada Barisan Nasional kerana sentimen ketika itu masih kuat dan kecenderungan golongan peneroka kepada BN.
 
Persempadanan DUN;
Saya kurang pasti di Felda Kumai sebelum persempadanan semula. Jika tidak saya, sebelum persempadanan semula ini, Felda Kumai berada di bawah DUN BERA yang meliputi kawasan Felda.
 
Hanya selepas itu, Dun Guai terbentuk dengan melibatkan kawasan Felda di Bera dan kawasan perkampungan tradisonal sekitarnya.
 
PRU 13 @ Kumai 15
 
Kawasan Parlimen ketika itu kalau tidak silap saya dibawah Parlimen Temerloh sebelum wujudnya Parlimen Bera.
 
Kawan dan lawan:
Cuma yang masih saya ingat adalah sekitar tahun 1990 an, di mana PRU ketika itu mula menjadi sengit bilamana terbentuknya Semangat 46 selepas pengharaman parti UMNO.
 
PRU 131
 
Semangat 46 bergabung dengan PAS dibawah Angakatan Perpaduan Ummah yang menjadikan pilihan kedua untuk orang Melayu berpayung.
 
Suasana kempen terasa hangat kerana Semangat 46 ketika ini adalah serpihan ahli UMNO.
 
PRU 13 @ Kumai 14
 
Berkempen bertambah meriah dan saya ingat lagi ketika ceramah kempen yang dibuat di kawasan perniagaan sebelah dengan bengkel motor wak. Ceramah masih menggunakan PA system bercerobong besar.
 
Malah sebelum berceramah, diwaktu petang akan berkelilingan kereta dengan pembesar suara menjemput ke tapak ceramah.
 
Perang Poster:
Perang poster memang jelas berlangsung. Namun ketika itu material poster adalah kertas poster yang digam dan di staple dengan tali sebelum di tarik dan direntangkan tali.
 
Masih memakai buluh malah ketika itu tiada belon besar dan sebagainya.
 
PRU 132
 
Jika anda perasan, di PRU yang lalu kita akan dapat melihat kereta yang membawa bendera kecil di hadapan dan dibelakang bahagian cermin yang boleh dilekatkan. Namun di PRU yang baharu ini, saya tidak dapat melihat bendera parti yang kecil itu dipasang.
 
Cuma di waktu kini terdapat satu lagi perang kempen yang popular iaitu Perang Siber melalui hebahan seperti tweeter, Facebook, blog dan sebagainya.
 
Secara jujur, kadang-kala menyampah sangat bila menerima apa sahaja bahan kempen dan info yang disampaikan oleh rakan-rakan siber. Bila bertanyakan mereka secara lebih lanjut mereka sekadar mengatakan, mereka sekadar ingin berkongsikan dan tidak pasti.
 
Nampak sangat dangkal pengetahuan mereka dan lebih gemar untuk "copy. paste and send".
 
Bagi yang selalu melakukan perkara ini, di mata kawan-kawan yang lain mereka adalah tiada kredibiliti. Tidak bertanggungjawab.
 
Kadang-kala perbahasan di laman siber ini lebih hangat dan panas kerana tidak perlu bersua muka untuk berhujah dan setiap hujah yang dijawab akan dibalas dengan mudah kerana capaian di laman yang lain dan sekali lagi mereka akan 'copy, paste and send" untuk menjawab hujah-hujah yang lain.
 
Mujurnya ketika hari mengundi, bahang dan kepanasan di laman web tidak terbawa-bawa ke pusat mengundi. Mungkin kerana takut bersua muka ataupun tidak berani. Atau lebih positifnya akan mengakui, kami pengundi matang...
 
Kereta Khas:
 
Dahulu, bukanlah semewah sekarang. Setiap rumah hanya mempunyai sekitar sebuah motor sahaja. Jadi ketika hari mengundi setiap parti yang bertanding akan menyediakan beberapa unit kereta untuk mengangkut undi.
 
Bapa saya juga antara yang terlibat. Mereka akan diupah untuk melalui jalan-jalan yang telah ditetapkan untuk mengangkut pengundi ke pusat mengundi.
 
PRU 13 @ Kumai 17
 
Dahulu kalau hari mengundi, anda boleh melihat bagaimana si ibu akan berjalan kaki beramai-ramai dengan anak kecil masing untuk ke sekolah. Mereka akan berjalan di bawah panas terik matahari dan akan basah dan kuyub jika turunnya hujan.
 
Manakala kanak-kanak seperti pergi ke pesta kerana jarang-jarang diadakan.
 
PRU yang baharu ini saya lihat semuanya berkenderaan sendiri malah anak-anak muda melaram dengan kenderaan masing-masing. Manakala bagi yang sakit dan uzur, terdapat lagi kereta peraih undi yang akan menjemput di rumah jika tiada kenderaan anak-anak.
 
Pondok Panas:
Pondok panas adalah pondok perayu undi yang dibina oleh parti yang bertanding berdekatan dengan pintu pagar pusat mengundi.
 
Tujuan asalnya untuk merayu undi di saat terakhir dan juga membuat semakan pengundi. Maka sebelum ini pelbagai ragam dapat dilihat di sini yang dilakukan oleh perayu-perayu undi parti yang bertanding.
Kadangkala berselang hanya 50 meter dan selalunya suasananya agak tegang setiap kali pengundi tiba dengan pujukan terakhir untuk mereka merayu undi.
 
PRU 13 @ Kumai 18
 
Kini pondok panas telah dimansuhkan dan kawasan 100 meter dari pintu mengundi adalah kawasan larangan berkumpul.
 
Di PRU yang lalu, di Kumai suasananya agak berbeza di mana tiada pondok panas tetapi perayu Undi masih bebas berada di sekitar. Cuma kali ini mereka bukannya merayu undi tetapi membantu pengundi-pengundi yang sakit dan uzur untuk mengundi.
 
PRU 13 @ Kumai 16
 
Mungkin ini sahaja yang saya ingat ketika ini. Insyaallah kalau bertambah ingatan saya, akan dimuatnaikan .
 
Anda juga berpeluang untuk menambah cerita dan kenangan lalu diruangan ulasan.
 
PRU 13 @ Kumai 21
 
Jom kenang-kenang kan kembali…
 
Cuma yang bertambah seronok ketika PRU adalah dapat bertemu semula rakan-rakan lama. Saya sendiri dapat bertemu beberapa orang rakan yang melebihi 10 tahun lamanya berpisah.
 
PRU 13Jom kongsikan pula kisah anda…

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.