N 01 Tanah Rata dikatakan mempunyai 14 ribu pengundi.
Pertandingan melibatkan 3 penjuru iaitu, BN diwakili oleh Dato Ho Yip Kap yang merupakan penyandang kawasan ini ditentang oleh calon heavyweight payung terjun DAP, Leong Ngah Ngah dan Calon Bebas , Dr. Chew May Choo.
Analisa saya melihat berlaku kekalutan dalam kempen kali ini khasnya BN dan DAP.
BN menurunkan kembali Ho Yip Kap sebagai calon mereka yang mewakili Gerakan. Namun kawasan DUN Tanah Rata ini sebenarnya milik MCA setelah sekian lama.
Melihat kepada sejarah piliharaya yang lalu, HO yang mendapat sokongan pengundi kerana beliau dikatakan calon asal MCA sebelum diputuskan Chai Kok Lam yang dipilih sebagai calon.
Akhirnya kelompak besar MCA mencadangkan sabotaj dengan mencalonkan Ho sebagai calon bebas.
Beliau menang dengan majoriti 600 undi. Dua tahun kemudian beliau memasuki Gerakan setelah permohonan untuk masuk kembali MCA digantung tanpa keputusan.
Kini beliau kembali untuk mengekalkan jawatannya dan sukar baginya bertanding di atas tiket MCA lagi dan akhirnya pertukaran kerusi Tanah Rata dan Ketari menyaksikan Gerakan mengambil alih kawasan Tanah Rata.
MCA kecewa. Setelah diumunkan calon ini, bilik gerakan mereka ditutup dan tiada kempen membantu.
Malah kata-kata berlegar mereka tidak akan mengundi calon Gerakan ini sebaliknya akan memberikan kepada DAP ataupun Calon Bebas.
Kata-kata pengundi Melayu dan India, sepanjang 5 tahun yang lalu, YB Ho amat jarang 'mesra' dengan kaum ini kerana lebih menumpukan kaum Cina sahaja. Namun berbekalkan hanya 3 ribu undi ahli Gerakan, YB HO tidak boleh menolak pengaruh kaum yang lain.
Dap pula melalui calon heavyweight mereka, Leong Ngah Ngah kelihatan kuat biarpun calon payung terjun dari Dun Triang yang dikuasainya selama 5 penggal.
Kuat pula kata-kata mengiyakan sokongan semua kaum Cina kepadanya terutama di kawasan Kg Raja, Tringkap, Kuala Terla dan Kea Farm.
Malah dijangkakan undian protes dari MCA akan banyak melonjakkan kedudukan beliau untuk menang.
Calon Bebas, Dr. Chew May Choo bukanlah calon yang dijangka menang. Beliau melakukan kempen dengan kelompok yang kecil dengan membawakan tema alam sekitar, kawasan tadahan air dan sebagainya.
Saya melihat sukar bagi beliau untuk mengajak pekebun-pekebun mengundi beliau di atas tema kempen beliau kerana merekalah penyumbang utama kerosakan alam sekitar dengan membuka kebun tanpa lesen dan sebagainya.
Namun, undian simpati boleh diraih beliau malah undian protes dari MCA juga dikatakan berpontensi mengalir masuk jika dilihat dari sentimen kepartian mengundi dimana tidak mahu mengundi pembangkang selain undi rosak.
Pengundi kaum India dikatakan akan berpecah dua kerana PKR tidak meletakan calon di sini sebagaimana diwar-warkan sebelum ini.
Ada yang mengatakan, undi mereka untuk DUN akan kepada BN atau Bebas tetapi Undi Parlimen akan mengalir masuk ke Calon DAP.
Ramalan saya :
Leong Ngah Ngah dari DAP akan menang.
Apapun sekadar ramalan belaka.....
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.