Wednesday, April 3, 2013

Tips Melawat Cameron Highlands: Petikan Berita Isu Restoran "Halal"..

Minggu lepas, 26 March 2013, saya minum pagi di sebuah restoran nasi kandar yang baharu sahaja dibuka sekitar sebulan lebih.

Restoran ini menggunakan nama berunsurkan Islam dan terdapat perkataan Bismillah di papan tandanya.

Mungkin sudah teryakin restoran ini sesuai dan halal kerana lambang dan namanya kearaban, maka saya masuk dan menikmati minuman teh tarik sambil membaca surat khabar.

Sekitar 10 minit kemudian, kelihatan sekumpulan orang yang saya kenal dari Pejabat Agama Islam Daerah dan Majlis Daerah Cameron Highlands datang dari arah dapur.

Dua tukang masak restoran yang berkopiah diarahkan untuk duduk dan mereka mula menyoal-siasat keduanya.

Butiran tidaklah jelas tetapi dari jawapan kawan saya, mereka sedang melakukan pemeriksaan dan saya mengikuti dari jauh kerana tidak mahu menggangu tugasan mereka namun sempat juga merakamkan gambar sekeping dua.

Kisahnya, baharu hari in keluar di Sinar Harian. Anda baca sahaja kandungannya..

Tukang masak  gagal ucap kalimah syahadah
Tukang masak restoran disiasat Noridzuan (kanan) dan pegawai penyiasat Jaip
 
KUANTAN – Rahsia seorang tukang masak dan pembuat minuman bukan Islam yang ‘berselindung’ di sebalik kopiah akhirnya terbongkar selepas mereka gagal mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Pegawai Pemeriksa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip).
 
 Tukang masak yang mengaku Islam itu bekerja di sebuah restoran di Jalan Besar, Tanah Rata, Cameron Highlands yang menghidangkan pelbagai makanan antarabangsa, semalam.

Ketua Unit Pengurusan Halal, Jaip, Noridzuan Abdul Manan berkata, dua tukang masak itu mengaku beragama Islam walau pun nama yang tertera di dalam dokumen pengenalan diri tidak langsung menggambarkan mereka Islam.

“Walau pun mereka memakai kopiah tetapi tetap mengundang rasa curiga pasukan pemeriksa. Telahan tersebut ternyata berasas apabila kedua pekerja tidak mampu mengucap dua kalimah syahadah dan gagal membaca surah al-Fatihah,” katanya selepas  membuat pemeriksaan di restoran itu, semalam.


Garang ooo Pak Iman suruh baca fatihah

 Katanya, lebih mengecewakan, restoran berkenaan menggunakan tulisan halal dan kalimah Bismilah pada papan tanda di luar restoran.

“Mereka mempamerkan tulisan halal sedangkan ada pengendali makanan bukan beragama Islam. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana boleh mengelirukan,” katanya.

Noridzuan berkata, restoran itu diperiksa Jawatankuasa Kajian Makanan dan Barang Gunaan Cameron Higlands berdasarkan aduan awam yang mencurigai status halal restoran itu.

Menurutnya, restoran yang baru memulakan operasi beberapa bulan lalu itu menarik pelanggan dengan pelbagai jenis hidangan Melayu, barat dan makanan arab.

Bagaimanapun, katanya, Jaip mengambil langkah tegas dengan memberi notis amaran kepada pemilik restoran kerana kesalahan kerana menggunakan pernyataan Halal dan Kalimah Bismilah yang disiasat berdasarkan Akta Perihal Dagangan 2011.

“Pemilik restoran bakal berdepan dengan tindakan undang-undang jika sabit kesalahan dan ternyata tidak peka dengan sensitiviti umat Islam,” katanya.

Lawatan disertai 10 Pegawai dari Jaip, Pejabat Agama Islam Daerah Cameron Highlands, Pejabat Kesihatan Daerah Cameron Highlands dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Daerah Raub.

klik untuk ke laman Sinar Harian. Klik

Kedai makan yang dimaksudkan adalah di bawah Planters Hotel dan bersebelahan Bank Ambank di Tanah Rata dan masih lagi dibuka biarpun telah diperiksa.

Saya kurang pasti apakah langkah seterusnya samada sekadar pendakwaan ataupun kompaun dikenakan sahaja. 

Cuma sepanjang cuti sekolah yang lalu, Restoran ini sentiasa penuh dengan pelanggan.

Terdapat beberapa buah lagi restoran nasi kandar yang terdapat di Tanah Rata dan sekitar Brinchang yang diragui statusnya dan mungkin anda boleh mendapat jawapan yang tepat dan jelas jika anda menghubungi Pejabat Agama Islam Daerah Cameron Highlands atau Majlis Daerah Cameron Highlands akan status halal restoran tersebut.

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.