Saturday, April 6, 2013

Tips Melawat Cameron Highlands: Damai di Tanah Tinggi ...

Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai Strawberry Park Resort yang ditulis oleh  AQMAR ALLADAD (aqmar.alladad@kosmo.com.my) kerana saya tidak pasti sama catatan beliau ini lebih kepada catatan pengalaman peribadi ataupun catatan tajaan.
 
Namun saya kongsikan juga catatan beliau sebagai rujukan sumber anda untuk ke resort percutian ini. Saya juga pernah membuat catatan mengenai Strawberry Park Resort ini dalah catatan saya yang terdahulu.  

Berada di puncak bukit setinggi 1,562 meter, Strawberry Park Resort menyediakan percutian yang tenang dan mendamaikan.


HUTAN tanah tinggi Cameron Highlands umpama syurga alam semula jadi yang tidak pernah terusik.

Setiap fauna yang hidup subur di setiap sudut hutan hijau tersebut menyimpan pelbagai makna terutama dunia pelancongan.

Percutian di tanah tinggi itu juga menjadi kegemaran ramai kerana pengunjung dapat menghirup udara segar, selain dapat menenangkan fikiran daripada hiruk pikuk kota.

PENGINAPAN di strawberry Park Resort bermula dari RM218 semalaman di mana anda juga boleh menikmati kemanisan buah strawberi. Di Cameron Highlands, bunga ros menjadi antara tarikan utama pengunjung.


Suasana inilah yang menjadi destinasi idaman bagi individu yang mengimpikan persekitaran segar dan mendamaikan jiwa.

Bagi yang masih tercari-cari untuk mengisi ruang percutian bersama keluarga mahupun insan tersayang, tidak rugi rasanya meluangkan waktu di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands, Pahang.

Terletak di lokasi yang strategik, Strawberry Park Resort sentiasa mengalu-alukan kedatangan pengunjung untuk menikmati pengalaman yang mendamaikan.


MESKIPUN berada di puncak bukit, strawberry Park Resort turut menyediakan restoran selain itu anda juga boleh memanjakan diri di dalam jakuzi sambil menikmati udara segar atau menikmati air terjun menyegarkan percutian anda.


Berada di puncak bukit setinggi 1,562 meter dari aras laut, Strawberry Park Resort menyediakan sebanyak 144 buah bilik. Ini termasuklah resort hotel, resort pangsapuri, resort suite dan sebuah penthouse.

Keluasan setiap bilik yang disediakan sudah mencukupi bagi pengunjung untuk bermalam di situ. Ini kerana bagi unit studio, ia memuatkan seramai dua orang, tioga (tiga orang), fresno (empat orang) dan shasta (enam orang).

Kesemuanya mempunyai keistimewaan tersendiri mengikut keselesaan pengunjung.

Strawberry Park Resort juga memberi anda pelbagai kemudahan dalam sesebuah unit bilik seperti katil, televisyen, telefon dan sebagainya.
 
PENGUNJUNG juga dapat menerokai kehidupan masyarakat Orang Asli serta PENAT berjalanserta menikmati minuman teh segar.



Apakah aktiviti yang dapat dilakukan sepanjang menginap di Strawberry Park Resort?

Pihak resort sentiasa menyediakan pelbagai kegiatan tambahan yang menyeronokkan.

Memandangkan Cameron Highlands begitu terkenal dengan tanaman teh, sayur-sayuran segar dan buah-buahan tanah tinggi yang segar seperti strawberi, mahupun bunga-bungaan anda akan dibawa melawat ke lokasi-lokasi tersebut.

Pengunjung juga boleh melakukan aktiviti kumpulan dengan mengunjungi tempat-tempat menarik lain di sekitar Cameron Highlands.

Antara lokasi yang mendapat permintaan ramai adalah perkampungan Orang Asli yang masih mengekalkan gaya hidup mereka.

Di perkampungan masyarakat Orang Asli, anda bukan saja disambut mesra malah mereka akan menghiburkan anda dengan tarian kebudayaan seperti sewang.

Selain itu, pengunjung boleh menghabiskan masa kira-kira setengah hari untuk meneroka keseluruhan kawasan penanaman tumbuhan hijau dan beberapa lokasi menarik yang lain seperti Taman Rama-Rama, Kuil Buddha, Taman Kaktus dan Ladang Strawberi.

Bagi mereka yang menggemari aktiviti lasak, kenderaan pacuan empat roda boleh disewa dan dipandu mengelilingi kawasan berbukit.

Perjalanan itu akan membawa anda menempuh kawasan bukit-bukau sambil melihat tumbuhan unik seperti bunga Rafflesia atau mendaki sehingga ke puncak tertinggi di Cameron Highlands iaitu Gunung Brinchang.

Gunung tersebut mempunyai ketinggian 6,666 meter dari aras laut.
Selepas puas menikmati panorama indah di sekitar kawasan pergunungan itu, anda berpeluang menghilangkan dahaga dengan menghirup teh segar Cameron Highlands.

Sambil menikmati teh, mata anda disajikan dengan pemandangan indah seperti padang golf dan ladang strawberi.

Sebaik tiba di resort, luangkan masa ke Mandrayu Spa bagi menghilangkan lenguh-lenguh badan sekali gus mengembalikan kesegaran badan setelah penat berjalan.
Di Mandrayu Spa anda dibelai dengan urutan Bali sambil dihiburkan dengan kicauan burung.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0411&pub=kosmo&sec=Horizon&pg=ho_01.htm#ixzz2PfPDxoue
Hakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.