Saya mengakui, sudah agak lama saya tidak menulis dalam mrkumai.blogspot.com ini malah untuk bulan March 2013, ini adalah catatan pertama saya.
Sedikit sibuk dengan tugasan harian dan turut disumbangkan oleh masalah kapasiti blog yang tidak berkesudahan.
Apapun untuk catatan tunggal bagi bulan ini, saya ingin berkongsikan maklumat tawaran yang saya perolehi dari Groupon.com yang menawarkan pakej hotel yang menarik dan murah iaitu Parkland Hotel.
Bagi mereka yang ingin menetap di hotel butik ataupun bajet, serta memilih pula sekitar Brinchang, Hotel Parkland ini boleh menjadi antara pertimbangan anda.
Untuk tawaran Groupon dengan harga sekitar RM 90 ini, saya mengesyorkan tidak akan rugi untuk anda.
Lokasinya di tengah bandar Brinchang. Dekat dengan pasar malam Brinchang malah dekat dengan kedai-kedai makan dengan hanya perlu berjalan kaki.
Arked Makanan Brinchang hanyalah terletak di seberang lorong hotel ini manakala KFC pula terletak di seberang jalan sekitar 50 meter sahaja dari pintu hotel ini.
Kesukarannya hanyalah tempat meletak kereta awam yang terhad tetapi bukanlah masalah utama.
Bilik yang ditawarkan adalah jenis butik dan bajet tanpa sebarang tawaran sarapan.
Untuk mengetahui tawaran yang lebih lanjut, klik sahaja di SINI. Anda akan terus ke laman Groupon untuk tindakan selanjutnya.
Saya pernah menyewa di hotel ini tetapi pada tahun 2006 sebelum saya menetap di sini.
Tetapi ketika itu biliknya masih belum diubahsuai berbanding dengan apa yang saya lihat dari tawaran ini.
Cuma anda perlu melihat kepada beberapa bahagian syarat tawaran pakej ini yang mungkin perlu diambilkira untuk perancangan anda bercuti ke sini kelak.
Mungkin tidak salah mencuba... saya rasa boleh dipertimbangkan.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.