Felda Kumai adalah Felda saya...
Kalau mengikut cerita dari ayah dan mak saya, mereka berpindah ke Felda Kumai dan menjadi peneroka Felda Kumai ketika saya berumur 6 bulan.
Kiranya masa tu penghujung tahun 1979.
Kalau mengikut cerita dari ayah dan mak saya, mereka berpindah ke Felda Kumai dan menjadi peneroka Felda Kumai ketika saya berumur 6 bulan.
Kiranya masa tu penghujung tahun 1979.
Maka saya dibesarkan dari saya tidak faham satu benda sehinggalah sekarang yang saya masih faham tak semua benda.
Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan (LKTP) Kumai sehingga darjah 6 sebelum mendapat tawaran ke Asrama Felda Kuantan.
Di sana, seperti kehidupan di asrama yang lain, semua pelajar mempunyai nama gelaran yang diberikan oleh pelajar senior.
Saya bertuah kerana nama Felda Kumai begitu mudah disebut kerana hanya mempunyai dua suku kata. Maka saya mula dipanggil dengan panggilan nama Kumai... malah saya amat suka dengan nama gelaran ini kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan yang mendapat nick name yang ntah apa maksudnya dari senior.

Maka nama Kumai segar dan sentiasa mengikuti saya ke mana-mana saya pergi baik di asrama, sekolah dan raka-rakan seharian. Malah di sekolah saya, cikgu-cikgu turut memanggil saya dengan nama ini.
Jadi dah sinonim dengan nama panggilan Kumai, saya selalunya abadikan nama ini dengan setiap kegemaran saya. Antara nama blog ini sendiri yang bernamakan mrkumai walaupun isinya bukan mengenai mrkumai semata-mata. Kata kawan saya, sepatutnya saya gunakan nama laman yang berkaitan dengan nama Cameron Highlands sebab info di sini lebih kepada tip ke sini.
"Di mana langit di junjung , di situ bumi di pijak... hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, tetap hati di bumi sendiri..."
Jadi untuk bulan Februari ini saya nak kongsikan kisah mengenai Felda Kumai. Telah ada beberapa catatan mengenai Felda Kumai dalam laman ini sebenarnya dan saya kongsikan linknya seperti di bawah.. klik caption gambar di bawah :
Kisah Felda Kumai dan awal pembukaannya : |
Dari Kejauhan... |
Air Terjun Bukit Bertangga |
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.