Friday, December 7, 2012

Catatan Perjalanan: Terminal Fressia, Tanah Rata

Siri catatan pertama mengenai Melaka Sentral, TBS sehinggalah ke Pudu Sentral adalah rentetan catatan perjalanan saya untuk pulang ke Cameron Highlands menggunakan pengangkutan awam yakni bas. 
Kisahnya anda boleh ikuti didalam catatan terdahulu sebagai panduan jika ingin ke sini menggunakan mod perjalanan yang sama. 

Untuk menglengkapi catatan perjalanan ini, saya akan berkongsikan pula mengenai perjalanan saya dari Pudu Sentral ke Terminal Fressia di Tanah Rata. 


Selepas membeli tiket GT Ekpress di kaunter 45 dengan harga RM 35 bagi perjalanan sehala, saya menaiki bas tersebut tepat pada waktunya. 

Selesa. Itu adalah pengamatan saya mengenai perkhidmatannya. Basnya masih baru dan jumlah kerusinya hanya 28 unit sahaja. Cuma yang sedikit lainnya adalah dari 16 penumpang pada petang itu, hanya 4 orang warganegara Malaysia sahaja manakala selebihnya adalah warga Bangladeshi yang bekerja di sini. 

Jika anda mahukan perjalanan yang lebih awal, terdapat pilihan jadual perjalanan yang ditawarkan samada daripada GT Ekpress, Kurnia Bistari Ekpress, CS Travel ataupun Unititi Ekpress. Insyallah akan saya kongsikan jadual perjalanan mereka samada di sini ataupun di catatan yang lain. 

Perjalanan pulang ke Cameron Highlands ini agak mudah dan ringkas. Dari Pudu Sentral hanya menuju ke Lebuhraya Utara Selatan sebelum singgah sebentar di Plaza Tol Tapah sebelum mendaki naik ke sini. 

Ada bas yang kadangkala akan keluar dari Bidor dan singgah di beberapa hentian untuk menurunkan penumpang seperti di Pekan Tapah. Ada juga pemandu yang akan berhenti di hentian luar di Slim River untuk makan ataupun minum dan bagi kita perjalanan sejauh 3 jam untuk berhenti minum dan makan agak membuang masa sahaja melainkan untuk tujuan ke tandas. 

Saya mempunyai pengalaman dengan pemanduan bas yang lain sebelum ini dan dari pengalaman saya, pemandu bas GT Ekpress ini cukup mudah dan cermat pemanduannya. Beliau memandu dengan tenang dan sentiasa memberi peluang kepada kenderaan lain untuk memotongnya di setiap peluang yang ada. Ada pemandu yang agak rakus dan memandu naik di laluan Jalan Pahang yang sememangnya sempit dan berliku.

Saya tiba di Tanah Rata selepas hampir 3 jam lebih perjalanan. Tibanya di TERMINAL FRESSIA yang menjadi perhentiaan terakhir saya. Terminal ini terletak di tengah bandar Tanah Rata dan mudah untuk menghubungkan anda dengan lokasi yang lain termasuklah perkhidmatan teksi untuk ke destinasi seterusnya. 

Cuma jika anda telah lama ke sini, Terminal Fressia ini agak kebelakang dari segi penggunaanya dimana ruang kedai dan jualan tidak dibuka kerana tiada sambutan. Malah pada awal pembukaanya terpaksa melakukan ubahsuai untuk ruang meletak kenderaan kerana kecatatan senibina yang tidak sesuai. 

Jika di waktu hujung minggu yang sesak, jika tidak terdapat ruang parking, terminal ini menawarkan kepada anda ruang parking yang luas secara percuma. 

Untuk catatan yang seterusnya saya akan berkongsikan mengenai kemudahan pengangkutan seperti bas dan teksi yang terdapat di sini.  

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.