Semalam ada kawan saya telepon kerana nak tanya pendapat tawaran di Groupon untuk penginapan 2 hari1 malam di Strawberry Park Resort... dia tanya saya adakah berbaloi untuk tinggal dan bercuti di sini...
Saya melihat tawaran yang ditawarkan seperti dibawah ini;
Untuk pendapat ringkas saya;
Mengenai resort;
Terletak di antara Pekan Brinchang ke Tanah Rata dan memasuki jalan Sultan Abu Bakar. Anda boleh menggunakan laluan dari Pekan Brinchang di Jalan Sultan Abu Bakar melintasi Istana DYMM Sultan Pahang atau dari padang golf MDCH.
Resort yang bertaraf 4 bintang dengan kemudahan ala apartment studio. Terdapat beberapa blok apartment di dalam resort ini.
Juga terdapat tiga cafe seperti Cafe utamanya, Restoren Thai dan cafe terbuka 'Smokey Bear' yang dibuka untuk hidangan barat seperti steak, chicken chop, fish and chip dan pelbagai lagi.
Terletak di atas bukit dan kawasan hutan yang amat tenang dan jauh dari kesesakan malah laluan ke resort ini cukup berselekoh yang menarik untuk pendakian berbasikal kerana keadaan jalannya amat terjaga (laluan utama ke Istana).
Lihat gambar web dan tawarannya amat menarik untuk bilik penginapan.
Cuma pada citarasa saya, saya kurang mengemari konsep resort ini iaitu bilik penginapan di beberapa blok yang terpisah dan jika mahu ke restoren, kaunter dan kemudahan yang lain, perlu berjalan turun ke Blok utama.
Saya gemarkan hotel yang ada semuanya dalam satu bangunan tanpa perlu berjalan keluar dari bangunan terutamanya membawakan anak kecil dan cuaca yang tidak menentu seperti hujan..
Mengenai harga:
Kebetulan pada petang Jumaat, saya membawa anak-anak berjalan di resort ini dan saya sempat bertanyakan di kaunter dan dimaklumkan harga penginapan bermula RM 350 semalam termasuk sarapan.
Makan tenghari dan malam tidak termasuk. Lihat kepada pakej tawaran, semuanya ada di sana.
Pendapat saya:
Jika semata-mata nak berehat dengan aman damai tanpa gangguan .. tempat yang terbaik...
Tetapi harga yang dicajkan semalaman .. agak mahal untuk mereka yang sekadar ingin lebih bersantai...
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.