Masih lagi berkisarkan Stesen Mardi di Tanah Rata. Jika catatan sebelum ini berkisahkan dengan tanaman epal, untuk catatan kali ini saya berkongsikan pula mengenai tanaman pir yang juga terdapat di Stesen Mardi ini.
Pir yang berasal dari famili Rosaceae merupakan tanaman yang berasal dari Eropah Barat, Asia dan Afrika Utara. Memerlukan suhu iklim sederhana dan mampu untuk bertahan jika suhu mencecah paras negatif darjah celcius.
Mempunyai daun yang merimbun dan berbentuk lonjong. Pokok yang ditanam untuk tujuan kormersial biasanya akan dibiarkan merimbun dan mengekalkan dahan yang banyak untuk pengeluaran buah.
Buah pir atau pear dalam bahasa Inggeris atau genus pyrus mempunyai pelbagai khasiat kesihatan. Antaranya dikatakan mampu mengalakan sistem pencernaan kerana mempunyai serat yang banyak. Juga dikatakan mampu untuk mencegah penyakit kanser di samping mengawal kolesterol.
Di Stesen Mardi, anda boleh melihat sendiri plot kajian tanaman ini yang ditanam secara terbuka dan dari jenis variati Nashi.
Pastikan anda tidak terlepas untuk melihat tanaman ini di sini..
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.