Kisah yang saya ingin kongsikan ini amat popular dan masih menjadi misteri bagi ramai pihak bukan sahaja di Malaysia tetapi melangkau ke Thailand dan Amerika malah sudah berdekad dekad lamanya masih gagal ditemui penyelesaiannya.
salah banglo ni.. patutnya MOONLIGHT ..bukan SUNLIGHT... tak perasan... |
Kisahnya adalah misteri kehilangan seorang saudagar suterea yang jutawan dan terkenal di Asia iaitu Jim Thompson. Sedikit berkenaan Jim Thompson, beliau adalah rakyat Amerika Syarikat yang dikatankan mempunyai pelbagai latar belakang yang tersirat.
Zahirnya beliau merupakan saudagar atau pedagang kain sutera yang terkenal di Thailand. Nama penuhnya James Harrison WilsomThompson yang dilahirkan di Greenville, Delaware, Amerika Syraikat pada 21 Mac 1906.
asalnya gambar Jim Thompson saya letakkan di sini namun mendapat email yang meminta saya membuang gambar tersebut kerana status "copyright", maka saya akur. Namun saya tidak dapat mengantikan dengan gambar yang lain. Untuk mengelakkan ruangan ini kosong, saya kira gambar ini sekadar suka-suka diletakan. Jika anda ingin melihat gambar Jim Thompson sendiri klik link yang diberikan oleh pihak yang tidak saya kenali di SINI . Ingat gambar di atas bukan Jim Thompson atau ada kaitan dengannya. |
Beliau dikatakan seorang perisik kententeraan Amerika Syarikat ketika perang dunia di Perancis dan dikatakan kehilangan kali 'kedua' ini merupakan teori penyamaran beliau.
Pada tarikh 26 Mac 1967, Jim dikatakan hilang dan tidak pulang ke banglo rakannya yang merupakan seorang warga Singapura setelah berjalan-jalan di kawasan sekitar. Tujuan mereka ke Cameron Highlands adalah untuk meraikan majlis perkahwinan anak rakan mereka di sini di samping berehat.
Ketika ini, Jim merupakan saudagar tekstil dan sutera yang berjaya membangunkan dan mempopularkan semula industri ini di Thailand dengan menubuhkan Thai Silk Company pada tahun 1947 dan masih sehingga kini mendapat sanjungan diatas usahanya itu.
Usahanya bukan sahaja membantu memperkenalkan semula seni sutera Thai tetapi sebenarnya atelah memberi impak yang amat besar kepada industri ini yang berjaya membangunkan semula senitangan ini dan juga membantu mengeluarkan beribu-ribu penenun tradisional ini dari kancah kemiskinan.
Di Thailand terdapat Muzium Tekstil dan Sutera yang dinamakan di atas namanya sebagai penghargaan kepadanya dan digelar sebagai Raja Sutera.
Kehilangannya masih menjadi misteri, Kehilangannya mencipta sejarah di Malaysia dalam operasi pencarian yang terbesar dikerahkan oleh kerajaan ketika itu.
Namun sehingga kini masih tiada tanpa positif berbanding teori-teori kehilangan yang diutarakan tanpa alasan yang konkrit.
Banglo Moonlight |
Banglo MoonLight menjadi sejarah kepada kehilangannya. Banglo ini masih wujud dan masih dimiliki oleh pemilik yang sama kalau tidak silap saya. Dari Jalan Sultan Abu Bakar, anda boleh menuju ke banglo Sunglight yang terletak bersebelahannya.
Banglo Sunglight |
Malangnya kedua-dua kawasan ini tidak membenarkan dan menerima pelawat. Jika nasib tidak baik, anda boleh dimarahi oleh penjaga banglo ini kerana ianya merupakan kawasan persendirian.
Malah laluan menuju ke sini hanya untuk ke dua banglo ini sahaja tanpa boleh menembusi mana-mana laluan lain. Suasananya agak sedikit kelam dan menimbulkan sedikit misteri apatah lagi dilalui ketika waktu malam ataupun ketika berkabus.
laluan ke banglo Moonlight |
Untuk mengetahui kisahnya, terdapat satu sudut di Galeri Time Tunnel di Brinchang yang mengkhususkan kisahnya dan jika anda ingin membeli bukunya, boleh mengunjungi Strawberry Park Resort.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.