Kita lari sikit dari Cameron Highlands kerana saya ingin berkongsikan mengenai salah satu sudut di Jonker Walk yang mungkin ramai tidak sedar ia wujud iaitu Laman Datuk Wira Gan Boon Leong.
Siapa beliau? Apakah keistimewaan beliau sehinggakan Kerajaan Negeri Melaka membina laman khas beliau di Jonker Walk?
Beliau adalah bekas Mr. Universe, Mr Asia dan Mr ASEAN dalam sukan membina badan dan menjadi lagenda hidup yang banyak menyumbangkan khidmatnya dalam memajukan sukan membina badan di Malaysia.
Komitmen beliau dalam sukan ini berterusan dari awal 1960 an hingga kini biarpun berusia 80 tahun namun masih menyumbangkan khidmat sebagai kepimpinan sukan ini. Klik Laman blog ini untuk mengetahui kisah beliau sepenuhnya. KLIK
Di Jonker Walk, satu laman khas dibina sebagai mengenang jasanya bukan sahaja kepada sukan ini tetapi juga kepada sumbangan beliau dalam Jawatankuasa yang ditubuhkan untuk mendapat pengiktirafan kawasan ini sebagai Tapak Warisan Dunia dari UNESCO.
Untuk ke laman ini, anda hanya perlu memasuki Jalan Hang Jebat ataupun terkenal dengan nama Jonker Walk dan selepas pintu gerbangnya akan menemukan anda dengan laman ini di sebelah kanan.
Selain laman ini yang mempunyai tugu penghargaan kepada Datuk Wira Gan terdapat satu lagi tugu keemasan yang dibina dihadapan akademi membina badan milik beliau.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.